Resepi Rendang Tenggiri Istimewa

Resepi Rendang Tenggiri Istimewa
Selain daipada masak Kari ataupun Asam Pedas, apa kata kita cuba masak Rendang Ikan Tenggiri pula hari ini. Tidak lah bergitu sukar yang anda sangkakan. Rempahnya tidak banyak digunnakan. Ikannya digoreng terlebih dahulu. Lalu siapkan bumbu ratusnya dan pekatkan kuahnya.

Hidangkan masakan ini bersama keluarga untuk beriftar nanti. Ikan tenggiri adalah ikan yang mudah kita dapatkan di pasar dan supermarket. Dengan isinya yang putih dan berkhasiat, tenggiri juga kaya dengan protein da omega-3 yang bagus untuk perkembangan otak manusia. Yuk kita mulakan resepinya.

Resepi Kredit By @dada.tastes

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 500g Ikan Tenggiri dipotong ikut saiz kesukaan
  • 2 helai Daun jeruk
  • 1 helai Daun kunyit
  • 3 sudu makan larutan air asam jawa
  • 3 sudu makan gula merah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan perasa secukup rasa
Bahan halus:
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai dihiris
  • 6 batang chilli merah
  • 5 chilli padi merah
  • 2 cm kunyit dibakar

    Cara-caranya:

    1. Bersihkan ikan dan potong ikut saiz suka anda.
    2. Marinate ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sebentar angkat dan ketepikan.
    3. Kemudian panaskan minyak di saucepan, tumis bahan halus hungga naik minyak. 
    4. Masukkan daun jeruk dan daun kunyit.
    5. Tuangakan larutan air asam jawa, gula merah, garam dan perasa secukupnya kacau rata.
    6. Masukkan ikan tenggiri goreng tadi, gaul rata dan siap di sajikan.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    1 Comments

    1. Anonymous23:25

      Minggu lps dh cuba resepi ini. Sedapppopp yummmmyyyyyyyyyy

      ReplyDelete

    🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!