Sambal Belacan Mangga Masam Manis

Resepi Sambal Belacan Mangga
Pedas, telinga merah, berpeluh, mulut tercungap-cungap, itulah nikmat siksa yang kita rasakan apabila menikmati sambal belacan mangga yang sedap lagi menagihkan. Tak lengkap kalau lauk hidangan tidak complete dengan sambal belacan. Pada hari ini pula, kita akan cuba kongsian resepi yang dihantar daripada saudara Dedemac. Terima kasih atas sumbangan anda.

Bolehlah nanti sajikan sambal ini dengan lauk lemak, kari dan sebagainya. Kalau buat sahur pun sesuai kalau anda tahan pedas. Untuk berbuka lagi memang sesuai. Sedap kalau ratio resepinya seimbang. Yuk kita mulakan.

Kredit Gambar Hiasan Facebook

Bahan-bahan:
  • 15 tangkai cili padi
  • 6 batang cili hijau campur merah (ikut sesuka hati)
  • sedikit belacan bakar
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji buah mangga separuh masak
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Hiris halus buah mangga muda atau masak
  2. Tumbuk kesemua bahan kecuali mangga hingga halus
  3. Masukkan mangga dan kacau rata
  4. akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  5. Hidangkan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments