Sambal Ikan Bilis Tempe Tahan Lama

Resepi Sambal Goreng Ikan Bilis Tempe
Salam semua, dah tak tau nak masak apa? Apa kata kita masak ikan bilis bersamaan tempe? Sedap kalau diratah dan enak juga kalau dimakan dengan hidangan yang lain. Makanan kegemaran ramai ini memang popular sehinggakan ia juga wajid dijual dikedai-kedai Nasi Padang.

Kalu dikadai biasa juga ada menjual sambal goreng ikan bilis tempe ini yang disimpan didalam kotak plastik dan botol. Rasanya memang manis-manis, ranggup dan pedas. Barulah sedap ya. Resepi yang akan dikongsi ini amat senang dan yang pentinya ialah, ia tetap sedap.

Kredit Gambar Hiasan Sambal Tempe Ikan Bilis

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk ikan bilis 
  • 1 pek tempe - hiris nipis 
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga garing, angkat dan ketepikan. 
  2. Goreng ikan bilis dan ketepikan. 
  3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sampai wangi dan garing. 
  4. Masukkan pula bawang merah dan bawnag putih yang ditumbuk kasar. Setelah wangi dan garing, masukkan gula. Gaul rata dan masukkan sedikit garam. Tumisan akan menjadi gelap.
  5. Masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Akhir sekali, gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.
  6. Pastikan sambal ini betul-betul sejuk sebelum anda menyimpannya.
  7.  Hidangkan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments