Resepi Sambal Telur Mudah

Resepi Sambal Telur Mudah
Anda sedang risau tak tau nak masak apa nanti? Apa kata kita masak telur sambal. Resepinya amat mudah dan hidangan simple telur ini boleh sesuai dengan berbagai jenis lauk. Makan ini memang sering kita jumpai selain daripada belado. Sambal telur adalah diantara menu yang sering dimasak dirumah.

Mari kita ikuti resepi mudah sambal telur seterusnya. Telurnya direbus dahulu. Setelah dikupas kulitnya, anda dicadangkan untuk menggoreng telurnya terlebih dahulu supaya ia tahan lama dan tidak berlendih dan bau nanti. Bolehlah masak lauk simple ini untuk Ramadan nanti. Kalau nampak lauk ini untuk berbuka, mesti terbuka selera.

Kredit Gambar Hiasan TNP Asiaone

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur 
  • 10 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Asam keping
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Rebus telur hingga matang, kupas dan digoreng.
  2. Bawang merah , bawang putih  dan cili dikisar dan halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili benar benar masak.
  4. Masukkan gula terlebih dahulu dan kacau rata. Selepas itu, masukkan sedikit air, garam dan asam keping.
  5. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah masukkan telur dan dikacau rata.
  6. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments