Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis
Kalau anda sedang cari resepi sambal ikan bilis, mari cuba disini. Ataupun anda bosan dengan masakan lain dan inginkan makan mudah untuk diterima tekak? Jawabnya adalah sambal ikan bilis juga, ia boleh dikatakan lauk penyelamat. Bukan saja lauk ini tahan lama, malah ia juga boleh dibawa bersama sekiranya anda melancong.

Untuk pengetahuan anda, sambal ikan bilis akan tahan lama jika sambalnya ditumis dengan sempurna dan lama. Ia juga boleh di frozenkan dan tahan berbulan-bulan. Sambal ikan bikis sesuai untuk banyak hidangan seperti Nasi Lemak, Ubi Rebus, Roti Bakar dan sebagainya.

Kredit Gambar Hiasan The Vocket

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk ikan bilis – digoreng layu
  • 20 tangkai cili kisar
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 1 keping asam/air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar gula pasir
  • Sedikit gula merah
  • ajinomoto secukup rasa (optional)
  • 1 bawang besar dihiris (optional)

Bahan kisar:
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 bawang putih
  • Secubit ikan bilis mentah
  • Sedikit belacan bakar 
  • 1 biji buah keras

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis dengan menggunakan api yang kecil supaya cili betul betul masak dan tidak hangit. Boleh tutup kuali supaya sambal tak meletup letup dan terpercik ke tangan. 
  3. Bila cili benar benar masak garing dan terbit minyak, masukkan sedikit gula dan garam terlebih dahulu sekadar untuk menggaringkan sambal.
  4. Kemudian masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit. Selepas itu, baru dimasukkan asam keping, gula, gula merah dan garam secukupnya serta bawang besar hiris. 
  5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan biarkan merenih lama lama sehingga sambalnya agak pekat dan terbit minyak. 
  6. Masukkan hirisan bawang sekiranya anda inginkan. Masak hingga layu.
  7. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Anonymous20:44

    sambal ikan bilis memang jawabnya dengan nasi lemak or ubi rebus! yumm

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!