Resepi Sambal Tumis Sotong

Resepi Sambal Tumis Sotong
Hidangan Sambal Sotong yang kadang ditumis ataupun dibakar memang kegemaran ramai. Sebelum dihidangkan, perahkan limau kasturi keatasnya dan sedap jika dicecah cincalok, diantara makanan yang akan kita jumpa di restoran BBQ. Selain daripada hidangan BBQ, sambal sotong juga sesuai dengan hidangan Nasi Lemak.

Resepi sambal sotong kali ini bolehlah anda siapkannya pada waktu makan tengah hari atau makan malam. Ia sesuai dengan lauk pauk hidangan yang lain seperti pari bbq, siput sedut tumis bawang putih, lala sambal, kangkong belacan dan juga ikan bakar. Sangat sesuai lagi dimakan pada waktu keramaiaan bbq. Meriah dan lazat. Selamat mencuba resepi ini.

Kredit Resepi

Bahan-bahan:
  • 10 ekor sotong segar
  • 25 biji cili kering - buang biji dan rebus ( Qty ikut sesuka hati )
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 keping asam keping
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Kisar cili dan bawang putih dan bawang merah. Tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. 
  2. Masukkan gula dan kacau lagi sehingga garing dan keluar minyak. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos hingga kering. 
  3. Masukkan garam, asam keping dan goreng sehingga air sotong menjadi kering.
  4. Masukkan bawang besar dan tutup api apabila bawang layu dan sambal kembali kering serta pecah minyak. 
  5. Sedia untuk dihidangkan. 

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments