Resepi Siakap Tiga Rasa Copycat

Resepi Siakap Tiga Rasa
Rasanya manis, masam dan pedas; hidangan yang kita akan jumpa apabila makan di restoran Halal Melayu iaitu di Malaysia ataupun di Singapura. Antara yang digunakan masakan Tiga Rasa ini ialah Ikan Siakap atau Ikan Kerapu. Untuk penggemar Ikan Siakap, hari ini kita akan cuba resepi yang agak istimewa. Jom kita mulakan.

Untuk cara membersikan siakap, anda bole ke lelaman ini Siakap Keli.

Kredit Resepi Masakan Istimewa
Kredit Gambar Hiasan Market Resepi

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap saiz kecil
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1/2 biji cili benggala merah dihiris serong
  • 1/2 biji cili benggala kuning dihiris serong
  • 1/2 biji cili benggala hijau dihiris serong
  • 1/2 biji timun dipotong dadu
  • 1 tin kecil cendawan butang
  • serbuk kunyit
  • garam

Bahan Sos Tiga Rasa:
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 8 biji cili padi diketuk
  • 3 biji cili merah dihiris
  • 2 batan serai dititik
  • 1 batang bunga kantan ikut suka tak letak pon boleh
  • 1 cm halia dihiris kasar
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 4 helai daun limau purut
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:
  1. Gaul ikan siakap bersama garam dan serbuk kunyit. Nak lagi garing letak tepung jagung.
  2. Goreng ikan hingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, serai, halia, dan cili padi hingga naik bau.
  4. Masukkan daun limau purut, bunga kantan dan sos cili, kacau hingga sebati.
  5. Masukkan sos ikan dan air secukupnya.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan biarkan seketika.
  7. Masukkan bawang besar, tomato, cili benggala merah, cili benggala kuning, cili benggala hijau, timun, dan cendawan butang.
  8. Kacau sedikit, biarkan lembut dan pecah minyak.
  9. Akhir sekali, tuang sos yang telah siap ke atas ikan siakap yang telah digoreng.
  10. Hias dengan garnish kesukaan anda.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments