Resepi Sotong Asam Pedas

Resepi Sotong Asam Pedas
Cakap pasal asam pedas ni memang bermacam caran masaknya. Ada yang suka dengan asam pedas ikan, ada juga mereka yang masak dengan menggunakan ayam bersama daun pudinah, ada yang menggunakan daging dan kali ini pula kita akan cuba hidangkan dengan mengguanakan Sotong.

Resepi Sotong Asam Pedas ini agak dikatakan mudah. Ia tidak menggunakan belacan dan dau kesum. Terpulanglah kepada anda jika anda hendak merubah masaknnya mengikut selera ya. Yuk kita mencubanya.

Resepi Kredit Facebook #chefstoveheart

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

Bahan A

  • 5 ekor Sotong sederhana besar. Setiap seekor dipotong empat.
  • Terung telunjuk

Bahan B

  • Segenggam cili kering direbus dan dikisar halus*
  • 3 biji Bawang merah* 
  • Bawang putih 4 ulas*
  • Halia 2 inci*
  • 1 sudu kecil Serbuk kunyit
  • Serai 2 batang diketuk
  • Sedikit halba & biji sawi
  • Minyak secukupnya.
  • Air asam jawa ( segenggam asam jawa)
  • Garam secukup rasa.

    Cara-caranya:

    1. Kisar blender bahan-bahan*
    2. Panaskan minyak masak di kuali atau periuk.
    3. Tumiskan bahan yang telah diblender dan serai yang dititik.
    4. Tambahkan serbuk kunyit 1 sudu kecil.
    5. Masukkan halba & biji sawi. Tumis hingga naik bau.
    6. Bila sudah masak dan naik minyak masukkan air asam jawa, tambah garam ikut secukup rasa.
    7. Masukkan terung. Apabila terung sudah nampak hampir masak, masukkan sotong dan kacau.
    8. Masak sampai menggelegak dan matikan api. Elakkan masak sotong terlalu lama.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    2 Comments

    1. Anonymous18:33

      sedap ke ni..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Belum cuba beluam tau chef! Selamat mencuba!πŸ‘

        Delete

    πŸ™‹Salam! πŸ‘‰ Sila beri komen anda! Tolong Like πŸ‘ dan Share Blog kami!