Resepi Sotong Butter Bersusu


Anda penggemar sotong ke? Mari kita cuba resepi mudah ini. Sotong Masak Butter ataupun Sotong Mentega. Senang dan straight forward, beli sotong, potong saiz bite size, campur jer tepung dan telur, goreng, lepastu ikut resepi seterusnya.

Tidak sukar. Janji siap dan sedap. Boleh lah korang try resepi ni untuk kawan atau bestfriend korang ok. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Big Bite Channel

Bahan-bahan:

  • 300g sotong dicuci dan dipotong bulat (pastikan lap sotong sampai kering dengan paper towel)
  • 2-3 sudu besar telur bancuhan
  • 1 cawan tepung serba guna
  • 1 sudu makan butter
  • 1 bawang putih dicincang
  • 2 chilli padi dipotong kasar
  • 2 tangkai daun kari
  • 6 sudu besar susu cream evaporated
  • gula secukupnya
  • garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya

Cara-caranya:

  1. Masukkan sotong, tepung serba guna dan telur kedalam mangkuk. Gaul sampai sebati.
  2. Panaskan minyak secukupnya dikuali dan goreng semua sotong sampai warna keemassan. Angkat dan toskan  minyak dan ketepikan.
  3. Panaskan 3 sudu besar minyak di saucepan. Masukan butter, bawang putih dan chilli. Kacau rata.
  4. Seterusnya masukkan daun kari. Kacau hingga naik bau.
  5. Masukkan susu evaporated dan gula secukupnya. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar.
  6. Masukkan sotong dan gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata.
  7. Matikan api dan siap untuk dihidang.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments