Resepi Sotong Cumi Sos Tiram

Resepi Sotong Cumi Sos Tiram
Antara kegemaran ramai adalah hidangan Sotong yang dimasak dengan Sos kesukaan masing-masing. Masakan yang ringkas dan sedap selalunya dimasak dengan api yang kuat, seumpamanya masakan Cina di restoran Makanan Laut. Pemasaknya cepat dan mahir dengan masakannya; hidangannya nampak lazat. hiasan makanan cantik dan kelihatan menarik. Selain daripada makanan-makanan laut yang sering kita jumpa apabila menikmati hidangan Seafood, Sotong adalah antara pilihan ramai.

Resepi hari ini adalah mudah dan ringkas untuk kita membuatnya. Mari kita cuba Resepi Sotong Cumi Sos Tiram ini. Dengan kuahnya yang berperisa tiram, memang kenalah anda hidangkan makanan ini dengan lauk pauk makanan lauk yang lain. Selamat mencuba.

Resepi Kredit By : @eunice_euston

Bahan-bahan:

  • ½ kg Sotong besar, dibuang kulit luarnya, bersihkan, potong silang kotak-kotak, gaul rata dengan 1 sudu makan air jeruk nipis. Diamkan ½ jam lalu bilas bersih.
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 cm halia, dititik
  • ½ bawang bombay, dipotong kotak
  • ½ buah capsicum hijau, buang biji, dipotong kotak
  • ½ buah capsicum merah, buang biji, dipotong kotak
  • minyak masak secukupnya
  • 3 sudu makan sos tiram 
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap manis
  • gula secukup rasa
  • 1 sudu teh tepung jagung dicampur dengan sedikit air
  • air matang secukupnya

Cara-caranya:

  1. Didihkan air secukupnya, lalu rebus sotong sampai muncul corak kotaknya di badan sotong, lalu angkat dan ditoskan.
  2. Panaskan minyak di saucepan, dengan api yang kuat, goreng sebentar saja cumi. Lalu angkat tiriskan.
  3. Seterusnya tumis bawang putih dan halia sampai naik bau, masukkan bawang bombay, capsicum, sos tiram, sos tomato, kicap manis dan gula secukupnya. Tumis dan kacau rata.
  4. Tambahkan sedikit air, lalu masukkan larutan tepung jagung. Kacau rata sampai mendidih.
  5. Akhir sekali masukkan sotong, kacau rata dan masak sebentar saja. Cuba rasa, angkat dan sajikan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments