Resepi Sup Ikan Merah Sihat


Kepada anda yang kurang sedap badan, demam, baru bersalin ataupun tidak selara makan, ini dia Sup Ikan Merah segar. Teringat saya pada waktu dahulu semasa waktu dibawah belasan tahun, sewaktu itu saya sedang merasa tidak sedap badan, maklumlah, baru baik dari demam panas. Pada hari itu bapa saya keluar kepasar dan ibu berkerja.

Adik dan kakak pula ke sekolah. Memang langsung tubuh tidak sihat dan rasa lemah, makan tak selera, mandi badan tak terima dan kepala rasa amat berat. Setelah beberapa minit, pintu dibuka dan bapa sampai dirumah. Saya pun tidurlah selepas makan obat.

Tetiba waktu sedang tertidur tu, saya dikejutkan untuk makan. Memang sakit betul lah kepala tu walaupun sudah makan panadol. Paksakan diri, terus duduk di meja makan. Waktu itu kita tinggal di rumah sewa. Duduk lah saya dengan muka slembernya, ternampak hidangan Sup di mangkuk besar berwarna cerah. Dalamnya ternampak kepala ikan merah dan isinya yang putih, sup berasap dan di taburkan atas dengan daun sup dan bawang goreng. Saya pun ambil nasi sikit, bapa hidangkan untuk bahagian saya.

Dengan sudu sup Cina saya pun menhirup kuahnya. Oh...alangakah segarnya, terbangun. terbeliak biji mata hehe.., seluruh mulut tekak merasa bertapa manisnya isi ikan merah! Ya, itulah kali pertama saya terjatuh cinta dengan masakan sup ini. So, daripada hari itu, memanglah teringat pasal ketika demam dahulu, yang saya dihidangkan Sup Ikan Merah. Memang tak boleh lupa. Dan ini adalah makan kegemaran saya, selama-lamanya (macam emotional pulak ya).

Untuk resepi seterusnya, kita akan ikuti cara masakan darip[ada Azie Kitchen. Semoga bermanfaat kita share dan virlakan masakn yang boleh dikatakan sihat ini.

Resepi Kredit Azie Kitchen

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 1 ekor Ikan Merah disiang, dicuci dan dipotong ikut suka
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 2 biji bawang putih - hiris
  • ½ inci halia - hiris kasar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2  bunga lawang
  • 1 biji ubi kentang - dipotong kasar, optional 
  • 1 batang karot - dibuang kulit, hiris nipis ikut suka
  • 1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
  • 1-2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
  • Garam secukup rasa - jika perlu
  • Daun sup / daun bawang dipotong
  • Bawang goreng

Cara-caranya:

  1. Tumis halia, bawang merah, bawang putih yang dihiris bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik wangi.
  2. Kemudian masukkan air secukupnya. Masukkan juga ubi kentang dan karot. Biarkan ia mendidih dan masak seketika sehingga kentang dan karot hampir lembut. 
  3. Seterusnya masukkan ikan, garam, lada hitam dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.
  4. Apabila ubi kentang dan karot empuk, taburkan daun bawang dan tutup api. 
  5. Untuk dihidangkan, tabur bawang goreng diatas Sup.
  6. ✔️Sedap juga jika dimakan bersama Chilli Kicap.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments