Resepi Tenggiri Masak Jeruk

Tenggiri Masak Jeruk
Tak tahu apa nak buat dengan ikan tenggiri ke? Apa kata kita buat Teggiri Masak Cuka. Ada sesetengah orang panggil masakan ini temggiri masak jeruk dan ada juga dipanggil masak cuka. Sedap tau masakan ini bila dimakan pada keesokan harinya. Biarkan kuahnya meresap dengan ikan. Lepas tu makan pula dengan nasi panas-panas.

Ya memang betul, tenggiri boleh kita masak bermacam-macam cara dan jenis hidangan. Ini adalah antara ikan yang sangat dikenal dengan semua masyarakat tak kira bangsa dan pengaruh. Jom kita mulakan resepi berikut.

Resepi Kredit The Makan - Resepi ala Kampung.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 2-3 ketul isi ikan ketul (ikan tenggiri atau ikan merah).
  • 10 ulas bawang kechil (pilih shallot yang halus)
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji Cili padi hijau atau merah
  • 1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
  • sedikit halia
  • 2 camca Cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya

Cara-caranya:

  1. Gaul ikan dengan sedikit garam dan kunyit. 
  2. Kemudian panaskan minyak dikuali,  goreng ikan sampai secukup masak, tetapi tidak terlalu garing. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dikuali dan tumis biji sawi.
  4. Masukkan bawang kechil dan bawang putih.
  5. Seterusnya, masukan 1/2 cawan air.
  6. Masukkan cuka, garam, gula dan chilli padi.
  7. Biarkan seketika dan matikan api.
  8. Hidang dengan nasi panas.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

1 Comments

  1. Anonymous23:24

    Aku pernah masak dengan ikan tongkol! Power jgk!

    ReplyDelete

πŸ™‹Salam! πŸ‘‰ Sila beri komen anda! Tolong Like πŸ‘ dan Share Blog kami!