Resepi Tenggiri Masak Kicap Berempah

Resepi Tenggiri Masak Kicap Berempah
Siapa disana yang suka dengan lauk masakan kicap? Kicap pulak sudah satu hal, lepastu berempah pulak. Hidangannya wangi, rasanya pula kaya dengan bahan-bahan seperti jintan dan kutumbar. Kena dengan nasi panas, tersenyum pula kepada sesiapa yang menikmatinya

Hari ini kita akan mesak Tenggiri Masak Kicap Berempah. jika lihat resepi beikut, ketumbar dan jintannya disanggar dahulu. itu yang membuat rasa masakan kicap ini berlainan sedikit. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Koleksi Resepi Nannie.

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 4-5 ketul isi ikan tenggiri sebesar tapak tangan
  • 1 biji bawang besar - dipotong membulat
  • 2 biji buah tomato - dipotong empat
  • 10 biji cili api
  • Sedikit daun sup
  • Asam jawa secukupnya
  • Kicap secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
  • 3 biji cili kering - direndam dlm air panas sehingga kembang
  • Biji bawang merah - yg besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
Bahan-bahan rempah:
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil jintan manis - yang halus
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
* Semua rempah ni digoreng tanpa minyak sehingga harum , guna api dapur sederhana besar . Tumbuk atau kisar rempah ni sehingga halus .

Cara-caranya:

  1. Gaul ikan tenggiri yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan kunyit. 
  2. Panaskan minyak secukupnya dan deep fry ikan sehingga garing, gunakan api sederhana supaya ikan tidak menjadi hangit.
  3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan kisar dan semua rempah yang ditumbuk tadi.  
  4. Tumis sehingga naik wangi. Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan cili api, air asam jawa secukupnya dan terus kacau kuah rata.
  5. Masukkan semua ikan tenggiri, tomato dan kicap. 
  6. Kemudian kacau semua bahan-bahan bagi rata, racik halus daun sup dan ditabur atas ikan dan digaul rata. 
  7. Rasa kuah jika ada bahan yang kurang boleh ditambah. Bila dah masak, matikan api.
  8. Semua bahan-bahan yang diguna ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing. Untuk menambahkan pedas, tambahkan cili api yang dibelah dua.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

4 Comments

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!