Resepi Tenggiri Masak Sambal Ringkas

Resepi Tenggiri Masak Sambal
Tenggiri digoreng dahulu, lepastu ketepikan. Kisar bahan yang tersedia dan tumislah sampai wangi dan naik minyak. Lepastu gaul sana gaul sini, campak bawang, gaul lagi lepas tu siap. Mudah sangat kalau nak masak ikan sambal tenggiri. Tidak lah rumit ya. Sedap kalau dimakan dengan nasi panas dan pumpkan kicap sedikit. Kalau nak original lagi, tambahkan ditepi telur mata lembu. Itu lah dia rahsia lauk bujang yang simple lagi mengenyangkan.

Resepi Tenggiri Masak Sambal ini sangatlah mudah dan amat basic. Sesesiapa aja boleh memasaknya. Kepada penggemar sambal disana, ini adalah berita baik. Yuk, kita masak sekarang.

Resepi Kredit The Makan.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 3-4 ketul Ikan Tenggiri dibersihkan
  • 30 tangkai Cili kering direbus dahulu dan tos*
  • 2 Bawang merah besar*
  • 5 Bawang putih*
  • 1 Tomato*
  • 1 biji Bawang merah dihiris bulat
  • Asam jawa secukupnya
  • 1 sudu teh madu 
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Serbuk kunyit untuk goreng ikan
  • Gula dan garam secukupnya

Cara-caranya:

  1. Bubuhkan sedikit kunyit dan garam kepada ikan dan goreng. Ketepikan.
  2. Kisar semua bahan bertanda* dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dikuali dan tumis bahan yang dikisar tadi sampai garing.
  4. Masukkan gula, garam, madu dan kicap manis. Pastikan api sederhana dan kacau rata.
  5. Apabila sudah naik minyak, masukkan hirisan bawang dan ikan yg siap digoreng.
  6. Apabila sambal sudah seluputi ikan dan bawang telh nampak layu, matikan api dan hidangkan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments