Resepi Udang Goreng Hijau Bersantan

Resepi Udang Goreng Hijau Bersantan
Mari kita masak udang goreng hijau bersantan hari ini. Hidangan ini agak sedap bersantan, pedas dan rasa lemak. Anda diistiharkan agar menggunakan udang harimau, iaitu dengan isinya yang kenyal dan manis sekali. Kita juga akan menggunakan sedikit pes kari hijau untuk masakan berikut.

Hidangan ini sesuai untuk untuk seisi keluarga dan juga sesuai untuk juadah berbuka puasa kelak. Anda boleh juga menyiang udang dengan cara tersendiri. Selamat mencuba. Sila komen sekiranya anda mempunyai cara yang lebih baik dan bermanfaat.

Resepi Kredit Resepi Sahur Untuk 30 Hari.

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 420 gm Udang harimau
  • 5 sudu makan Minyak masak
  • 2 ulas Bawang putih - dicincang
  • 1 inci Halia - dihiris
  • 6 biji Cili Padi - dititik
  • 20gm Serbuk dibancuh dengan 100ml air suam
  • 3 biji Cili merah - dipotong dadu
  • 1 btg Serai - dihiris,
  • 1 biji Air limau nipis
  • 2 helai Daun limau purut
  • 5 gm Lengkuas - dihiris halus
  • 10 gm Daun ketumbar - dihiris
  • 1 sudu makan Sos ikan Thai
  • 20gm Pes kari hijau - dicampur air
  • Garam dan Gula secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan halia, lengkuas, serai, bawang putih, daun limau purut dan daun ketumbar sehingga naik bau.
  2. Masukkan pes kari hijau dan kacau hingga pecah minyak selama 4 minit. Setelah itu masukkan air dan kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan santan, udang serta cili padi dan kacau selama 2 minit lagi.
  4. Masukkan sos ikan, air limau nipis, cili merah, garam dan gula secukup rasa.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Anonymous12:17

    Bole tumpang tanya, serbuk apa yang dibancuh 20g?

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!