Resepi Kari Kambing Kentang Mudah


Sedang mencari resepi Kari Daging Kambing ke? Anda penggemar lauk kari? Nak makan dengan roti kirai ke buat Iftar nanti? Ataupun nak makan denagn nasi dan sambal belacan? Nah, ini resepi kari daging yang sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Ditambahkan pulak dengan kentang. Kuahnya tu cukup untuk dicecah.

Ramai masyarakat kita adalah penggemar kari daging. Kalau dikedai tu harga hidanggan kari daging ini tidak lah bergitu murah ya. Oleh sebab rebusan daging yang mengambil masa. Dagingnya pula apabila direbus nanti haruslah dibuang minyak kambing yang keluar. Cucilah daging kambing sebelum direbus supaya baunya berkurangan nanti. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Secukup Rasa
Resepi Kari Daging

Bahan-bahan:

  • 400g daging kambing – dihiris dadu kecil , cuci dan toskan
  • 3 biji kentang – dipotong 4 setiap 1 biji
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes
  • 2 inci halia – dikisar
  • 1 bawang besar – dikisar
  • 1 inci kunyit hidup – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • 1 keping asam gelugur
  • minyak untuk menumis

Bahan Tumis:
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga

    Cara-caranya:

    1. Panaskan sedikit minyak di periuk dan tumis semua bahan hiris, daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
    2. Seterusnya masukkan serbuk rempah kari daging dan bahan yang dikisar. Kacau rata masak hingga rempah terbit minyak.
    3. Masukkan daging, gaul sehingga rempah meresap dan masuk kedalam daging.
    4. Masukkan santan dan asam keping, biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan kentang dan garam secukup rasa.
    5. Kacau sekali sekala hingga daging dan kentang empuk.
    6. Matikan api. 
    7. Sedia untuk disajikan.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments