Nampak simple, tapi kalau sudah rasa satu keping mesti nak lagi. Ya, mari kita masak sotong goreng kunyit hari ini. Memang ada juga penggemar sotong dimana kita sebut. Mesti ada yang angkat tangan. Resepi ini adalah dicampur bahan-bahan lain juga. Ada berbagai cara masakannya.
Resepi mudah aja, sotong tu anda potong kasar, sebelum tu anda rendam sotong tu ikut tips kat video. Lepas rendam seterusnya tiru lah resepi yang dipilih ok. Mari kita mulakannya.
Resepi Kredit Nasser's Kitchen
Bahan-bahan:
- 3 sotong (direndam 8-10 minit dengan 2 sudu besar garam kedalam 2 litre air sejuk)
- 700g bawang Holland dihiris kasar
- 2 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam
- 6 biji chilli padi merah campur hijau dipotong
- 1 sudu kecil sos sotong Thai atau fish sos
- 1/2 sudu kecil gula
- garam secukup rasa
- 1 sudu kecil serbuk lada putih aji-shio
Cara-caranya:
- Setelah rendam sotong selama 10 minit, buang air garam dan bilas sotong dengan air biasa.
- Rendamkan sotong dengan air biasa dan biarkan sekadar 3 minit untuk hilangkan sisa garam di sotong. Buang air dan toskan.
- Potong sotong sekurangnya 1.5cm dam ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dihiris tadi. Setelah ia hampir layu, tambahkan 1 sudu kecil garam supaya bawang cepat kering.
- Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan 2 sudu besar serbuk kunyit dan kacau rata. Pastikan api tidak terlalu besar. Setelah bawang sudah agak warna keemassan, matikan api dan ketepikan dahulu.
- Di kuali yang bersih, panaskan minyak dikuali sedikit dan betul-betul panas dan masukkan sotong sedikit-sedikit dahulu. Pastikan api kuat dan sotong hanya masak dipermukaan sahaja dan keluarkan air sotong. Teruskan tambah minyak ketika perlu dan habiskan goreng sotong. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bawang tumisan tadi dikuali yang bersih, dan kacau sebentar. Masukkan chilli padi yang telah dipotong.
- Masukkan sotong tadi dan gaul rata. Masukkan sos sotong Thai dan gaul rata.
- Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan lada putih aji-shio.
- Kacau dan matikan api. Siap.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!