Sotong Goreng Telur Masin


Kurang pasti nak buat apa dengan sotong tu? Yuk kita cuba resepi mudah Sotong Goreng Masak Telur Masin. Hidangan ini sedap kalau diratah atau dimakan dengan makanan laut yang lain. Tidak kira lah untuk Berbuka Puasa ataupun untuk santapan hari-hari biasa. Rasanya yang rangup lemak diluar dan berisi di bahagian dalam. Rasanya pula diambut dengan rasa telur masin. Kepada peminat telur masin, ini adalah berita gembira.

Sotong calamari telur masin ini memang amat popular di kalangan masyarakat Cina terutama di Indonesia, Singapura dan Malaysia. Ianya dihidang di restoran makanan laut yang mehidangkan makanan terpilih yang dikujungi ramai. Yuk kita mulakan masakannya.

Resepi Kredit Limau Nipis

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong segar dipotong saiz berpatutan
  • 5 sudu besar tepung gandum 
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu kecil tepung penaik
  • 1 biji telur
  • 3 biji cili api dipotong
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 1/2 sudu besar mentega
  • 1 biji telur masin (gunakan semua telur tengahnya dan setengah putihnya sahaja)
  • 1/2  sudu kecil garam
  • sudu kecil gula

Cara-caranya:

  1. Bancuh telur dan ketepikan.
  2. Campukan tepung jagung jagung, tepung gandum, serbuk lada putih dan tepung penaik kedalam mangkuk sederhana. Kacau rata hingga campuran sebati.
  3. Rendamkan sotong kedalam mangkuk bancuhan telur sedikit demi sedikit kemudian campurkan dengan tepung dan gaul supaya ia salut dengan tepung tadi.
  4. Selapas semua sotong itu telah disalut dengan tepung, ketepikan dan siap untuk digoreng.
  5. Panaskan minyak dikuali. dengan api sedehana, goreng sotong sampai gareng dan warna keemassan sekurangnya 4 minit. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  6. Di mangkuk kecil, pecahkan telur masin dengan garfu dan diketepikan,
  7. Panaskan mentega di saucepan, masukkan bawang putih dan kacau sebentar. 
  8. Kemudian masukkan pecahan telur masin dan kacau rata. Masukkan chilli padi dan daun kari dan kacau.
  9. Masukkan susu segar, garam, gula, sotong goreng tadi dan gaul rata. Siap.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments