Resepi Kambing Tumis Berempah


Mari kita cuba masakan daripada India (Spicy Mutton Fry) ini yang agak mudah dan ringkas. Masakan hari ini ialah Daging Kambing Tumis Berempah. Hidangan ini sesuai untuk dimakan dengan nasi putih. Ia sedikit berbeza dengan masakan kari yang lain. Dagingnya direbus dahulu dan diketepikan sebelum dimasak bersama.

Kuahnya pekat dan melekat ke dagingnya sendiri yang membuat rasanya penuh berempah dan sedap sekali. Seterusnya kita akan tinjau masakan Kari goreng ini. Resepi terpilih daripada Youtube dengan steps mudah untuk ditiru, Selamat mencuba.

Resepi Kredit Kitchen Food of India

Bahan-bahan:

  • 250g daging kambing campur rusuk direbus empuk
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 bawang merah besar dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar bawang putih halus
  • 1 sudu besar halia halus
  • 1 chilli hijau dibelah 2
  • 2 biji tomato dipotong dadu dibuang biji
  • 1/4 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk chilli
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • Air rebusan daging secukupnya
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan (roasted) manis
  • 1/4 sudu besar garam masala
  • 2-3 tangkai dau ketumbat dipotong kasar

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak di saucepan dan masukkan hirisan bawang besar dan daun kari. Tumis selama 3 minit dan sehingga layu.
  2. Masukkan bawang putih dan halia halus. Kacau rata. Masukkan chilli hijau. Tumis hingga bawang layu dan naik bau.
  3. Masukkan tomato dadu dan gaul rata. Masukkan daging kambing dam kacau rata.
  4. Masukkan serbuk kunyit, serbuk chilli, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, gaul rata.
  5. Tumis selama 3 minit supaya rempah masuk ke daging.
  6. Masukkan air rebusan daging sedikit 25ml dan kacau. Masukkan garam. kacau.
  7. Setelah air semakin kering, tambahkan lagi air daging 25ml dan kacau.
  8. Masukkan serbuk jintan manis, garam masala dan gaul sebati selama 2 minit. Masukkan daun ketumbar dan masak sebentar. Matikan api, Siap dihidangkan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments