Telur Kicap Ikan Bilis Bawang Chilli

Resepi Telur Kicap Tumis Bawang Chilli
Awak lapar sangat ke sampai bukak esbok sampai 3-4 kali? Senang aja jawapan nya, masak lah Telur Kicap Ikan Bilis, lepas tu tumiskan bawang dan chiili sekali. Mesti selera ya. Ini idea untuk orang bujang ataupun yang kurang selera makan. Oh sekejap, tetapi kalau untuk keluarga pun apa salahnya ya?

Mari kita teruskan resepi yang ringkas dan mudah ini. Buka fridge, ambil bawang, bilis, telur dan baham-bahan lain, lepastu masak. Ni macam nampak masak campak-campak ya, tapi ini lah makanan yang paling disukai ramai.

Resepi Kredit Facebook Bella Jamal - bellajamal.com.

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1/2 genggam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili padi
  • 1 biji lada merah
  • 1 biji lada hijau
  • 1 sudu sos tiram
  • Kicap manis
  • Garam secukupnya

Cara-caranya:

  1. Hiris bawang atau potong bulat dan potong cili, lada ikut kesukaan.
  2. Panaskan sedikit minyak di saucepan, goreng telur "mata lembu" dan ketepikan.
  3. Kemudian goreng garing ikan bilis dan ketepikan.
  4. Asingkan minyak menggoreng tadi guna secukupnya untuk tumis bawang, cili padi dan lada hiris.
  5. Masukkan sos tiram, kicap dan sedikit garam.
  6. Tumis hingga bawang besar dan cili padi, lada sedikit layu.
  7. Tuangkan bahan atas telur siap digoreng tadi.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments