Resepi Ayam Teriyaki Authentic


Suka tak anda dengan makanan Jepun? Apa kata kalau kita masak hidangan Ayam Soseriyaki. Resepi ini sungguh mudah dan simple sekali. Bahan yang digunakan boleh kita dapatkan dikedai supermarket dimana sahaja anda berada. Sos Teriyaki sedap juga kalau dicecah. Ada yang masak sos Teriyaki dengan pelbagai cara. Teriyaki sauce boleh dicampurkan dengan daging, makanan laut dan juga untuk marinade. Cara authentic yang dipetik daripada video ini adalah sangat senang ditiru.
Dengan tidak berlengah lagi, mari kita mulakan Resepi Ayam Teriyaki Authentic. Sesudah masak, hidangkan  ayam ini bersama sos mayo kesikaan anda. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Adam Liaw.


Bahan-bahan:

  • 3 keping Peha ayam tanpa tulang dan kulit, dipotong dadu saiz bola ping-pong, tidak terlalu kecil
  • Sos kicap cair Teriyaki (Resepi Homemade)
  • Tepung jagung secukupnya
  • Mayonaise Jepun atau Mayo biasa
  • Minyak secukupnya

Cara-caranya:

  1. Apabila sudah dipotong ayamnya, sapukan dengan tepung jagung, tidak terlalu banyak. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di saucepan, masak ayam dengan api sederhana. Pastikan ayamnya dibalekkan supaya dimasak rata.
  3. Masukkan sos teriyaki dan biarkan ia meresap ke isi ayam. Kacau dan gaul sebati.
  4. Masak sehingga sos mula pekat dan rasa.
  5. Kemudian matikan api, angkat ayam teriyaki dan pindahkan ke pinggan hidangan.
  6. Hidangkan dengan sos Mayonaise ditepi. Taburkan dengan secubit daun parsley kering ataupun jika suka.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

3 Comments

  1. Anonymous12:12

    So ini resepi is so simple, potong dada ayam, masuk kuali, gaul dan terus siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kerana sos Yang diguna adalah sos yang sudah siap

      Delete
    2. Anonymous02:31

      benar kata anda

      Delete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!