
Anda sedang mencari resepi kerang ke? Masakan kerang ada bermacam caranya. Apa kata kita cuba resepi Kerang masak Rendang pula. Ringkas dan mudah. Cuba anda lihat pada gambar masakan yang siap diatas itu. Menyelerakan ya. Boleh dimakan dengan pulut kuning, hidangan untuk tetamu ataupun selera hujung minggu.
Kerang direbus terlebih dahulu, dikupas dan diasing daripada penutupnya, seterusnya ditumis dengan bahan-bahan ala Rendang. Apabila kerang rebus yang dimasukkan kedalam tumisan, janganlah dimasak terlalu lama. Ia akan menyebabkan kerang itu kecut dan liat. Selamat mencuba,
Resepi Kredit Wani Sulinan
🖨️Print
Bahan-bahan:
- 2 kg Kerang (Rebus, kupas dan asingkan dari penutupnya)
- 2 biji kecik bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 2 inci lengkuas*
- 2 inci kunyit hidup*
- 5 batang serai*
(Blend* semua bahan di atas sehingga halus)
- 1 Serai dititik
- 2 sudu besar Cili boh
- 1sudu besar Serbuk kari
- 1sudu besar Kerisik
- Santan
- 1 keping Asam keping
- Daun kunyit
- Garam dan gula secukupnya
Cara-caranya:
- Panaskan secukup minyak di kuali. Masukkan bahan yang telah diblender, masukkan sebatang serai yang dititik tadi dan tumis sehingga airnya kering.
- Masukkan cili boh dan masak sehingga naik minyak
- Masukkan serbuk kari dan masak sehingga naik minyak
- Seterusnya, masukkn kerang, santan, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
- Kacau sehingga airnya agak kering sedikit.
- Akhirnya, masukkan kerisik dan daun kunyit. Gaul rata dan biarkan ia masak seketika.
- Matikan api dan sajikan.
1 Comments
fooh sedap ni. dengan pulut, lemang yummy!
ReplyDelete🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!