Resepi Sambal Goreng Jawa Su-hun

Resepi Sambal Goreng Jawa
Sambal Goreng Jawa kalau dimakan dan diratah bergitu saja pun enak. Kalau saya pula cukup dengan nasi putih panas atas pinggan. Duduk bersila di depan TV, tengok wayang kulit orang Jawa. Kopi-O secawan dan keropok bawang sebagai kunyah. Ya ke? Macam-macam ya. Tak lah sampai gitu.

Bahan-bahan yang digunakan senang didapatkan di pasar kita. Su-un memang kegemaran ramai. Hidangan ini dikatakan tradisi makanan orang Jawa. Masak lah untuk suami, hidangan yang kaya dengan protein dan sayuran. Tolong like dan shre. Terima kasih kepada puan Mariana Zainal atas resepi ini.

Resepi Kredit Mariana Zainal.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 2 paket tempe (hiris dan goreng garing)
  • 3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing)
  • 3-4 biji kentang(hiris dan goreng garing)
  • Sedikit hati ayam (hiris dan goreng) tidak nak letak pun boleh. Nak letak isi udang segar pun boleh dan digoreng sekejap.
  • 2 paket suhun (rendam dalam air)
  • 1 keping fucuk (dipotong) tidak letak pun pk (direndam dalam air)
  • Sedikit kacang panjang hiris serong
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit perasa jika perlu
  • ½ sdt garam
  • Kicap manis Kipas Udang secukupnya 
  • ½ cawan air asam jawa (cair)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar ikan bilis diumbuk lumat
  • 2 senduk minyak masak
Bahan Tumis:
  • 2 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 4 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 10 tangkai cili kering (potong nipis menyerong) suka pedas boleh tambah cili padi hiris serong.

    Cara-caranya:

    1. Panaskan minyak, masukkan ikan bilis yang sudah ditumbuk lumat dan masukkan bahan tumis.
    2. Tumis sehingga nampak garing.
    3. Seterusnya, masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam.
    4. Renjiskan kicap manis dan kacau hingga naik minyak.
    5. Masukkan suhun dan fucuk serta air.
    6. Masukkan pula kacang panjang dan kacau seketika.
    7. Masukkan bahan-bahan lain yang sudah siap digoreng tadi.
    8. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
    9. Tutup api dan sajikan.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments