Resepi Sambal Hijau Padang

Resepi Sambal Hijau Padang
Sajikan Sambal Hijau Padang ini dengan ayam goreng, ikan rebus, udang bakar, ikan bilis ulek, petai segar dan berbagai lagi hidangan. Sambal yang sangat sedap lazat dan boleh datangkan ketagih ini memang mudah untuk disiapkan. Ia juga popular dikalangan pelanggan dan boleh didapati dikedai-kedai, warung restaurant Padang. Boleh dikatakan wajib untuk masakn hidangan Padang. Tetapi hairan kenapa sambal ini jarang ada di kedai warung Nasi Padang di Singapura ya? Boleh jadi ramai tak kenal ke?

Untuk permulaan, setelah dicuci cabe/chilli, bahannya semua direbus, diulek dan segera siap untuk dicecah. Ada juga yang siram sambal ini diatas ayam seumpama masakan Belado. Jangan lupa simpan sedikit sambal ini untuk dicecah dengan masakan lain. Cubalah dengan jering goreng, seumpama kalau ibu mertua lalu pun kita tak perasan. Dasyat betul sambal Padang ini ya. Selamat mencubanya.

Resepi Kredit Monii Recipe.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 15 buah cabe Hijau keriting
  • 10 buah cabe rawit hijau
  • 6 buah cabe hijau besar
  • 2 buah tomat hijau sedang
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh gula pasir
  • ½ sudu teh penyedap rasa (bisa di skip)
  • Secukupnya minyak goreng

Cara-caranya:

  1. Siapkan panci untuk merebus, rebus semua cabe, bawang merah, bawang putih dan tomat hingga matang, angkat sisihkan.
  2. Ulek halus semua bahan sambal yg sudah di rebus, tambahkan. Garam, gula dan penyedap rasa  (Sambal bisa di upek halus/kasar atau ulek kasar)
  3. Siapkan wajan, beri secukupnya minyak untuk menumis.
  4. Tumis sambel yang sudah di ulek hingga harum, angkat dan sajikan di mangkuk.
  5. Sambel hijau siap di hidangkan dengan nasi hangat dan lauk tambahan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments