Resepi Sambal Kicap Johor Power


Cari resepi Sambal Kicap ke? Ya ini dia resepinya yang anda sedang cari. Sambal Kicap Special Johor yang muat dikongsi dari Youtube. Terima kasih kepada Hamizah Kitchen.

Semua bahannya siap digoreng dahulu. Tu yang membuat rasanya lagi "kick". Sambal kicap ini sesuai kalau dimakan dengan Sop Kambing, Sop Ikan ataupun Soto. Mari kita mencubanya.

Resepi Kredit Hamizah Kitchen.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 3/4 botol kicap sederhana
  • Sebiji bawang merah besar - dipotong dadu sederhana
  • 13 ulas bawang putih - dibelah dua
  • 40 biji chilli api merah & hijau - dipotong setengah dua
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu kecil gula
  • Minyak untuk goreng

Cara-caranya:

  1. Panaskan secukup minyak dikuali. Masukkan bawang besar dan goreng seketika sehingga agak layu. Angkat, tos dan ketepikan.
  2. Seterusnya masukkan bawang putih dan goreng seketika sehingga agak layu. Angkat, tos dan ketepikan.
  3. Kemudian masukkan chilli api yang dipotong tadi dan goreng seketika sehingga agak layu. Angkat, tos dan ketepikan.
  4. Apabila bahan yang digoreng agak dingin, masukkan semua bahan itu kedalam blender.
  5. Masukkan 3/4 kicap manis botol sederhana.
  6. Masukkan garam dan gula. Kisar sehingga hampir lumat.
  7. Pindahkan kedalam bekas kontainer. Siap untuk hidangan seperti Soto ataupun hidangan yang lain.
→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments