Resepi Sambal Terasi

Resepi Sambal Terasi
Sambal Terasi atau tidak asing lagi juga dikenali sebagai Sambal Belacan, memang amat disukai ramai. Sambal yang pedas melekat ini sangatlah sedap apabila dimakan bersamaan lalap, petai dan juga daging ayam goreng mahupun ikan. Sambal Terasi adalah pembuka selera kita apabila siap untuk menjamu selera. Tak kira lah pagi, petang ataupun malam, sanbal terasi amat sesuai untuk bermacam hidangan.

Mudah dan ringkas resepinya. Digoreng dulu bahannya dam dilumatkan. Terasi yang sedap gareng digoreng dahulu ataupun dibakar supaya bau harum dan rasa terasi memenuhi tujuan sambal ini. Mari kita mulakan.

Resepi Kredit @Whitecancan.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 5 buah cabe rawit merah
  • 8 buah cabe kriting merah
  • 8 buah cabe rawit hijau
  • 5 buah bawang merah
  • 1 buah tomat ukuran sedang
  • Secukupnya terasi matang
  • Secukupnya gula merah
  • Secukupnya masako ayam (chicken powder)
  • Minyak secukupnya

Cara-caranya:

  1. Dimulakan dengan menumis bawang merah, rawit merah, rawit hijau, tomat dan cabe kriting merah sehingga layu lalu diangkat.
  2. Pindahkan kedalam ulek batu dan ulek bahan-bahan yang telah ditumis tadi sehingga lumat. 
  3. Masukan terasi, gula merah dan serbuk perisa ayam. Rasa ikut selera.
  4. Kemudian panaskan minyak lalu tuang ke bahan sambal yang sudah di ulek dan diaduk.
  5. Sambal siap di santap bersama lalapan pilihan anda.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments