Resepi Shell Out Homemade

Shell Out Mudah

Kuah Shell Out

Resepi Shell Out Homemade

Shell Out Recipe
Ada tetamu datang ke hari ini? Yok kita hidangkan mereka Shell Out. Masakan ini sangat simple dan mudah. Tak payah lah nak order kat kedai tu. Masak lah sendiri supaya puas dengan pilihan seafood untuk dimakan nanti. Campak aja semua bahan di dalam kulai lebar, gaul sana gaul sini, nah, dah siap pon. Boleh nanti hidangkan diatas pastic lebar bersih. Ada juga yang menghidangkan shell-out dengan nasi lemak selain dari nasi putih.

Resepi ini berdasarkan kuah kari daging yang pekat. Bahan-bahan seafood pula tidak lah perlu direbus dahulu kerana airnya akan keluar tersendiri nanti. Pastikan makanan laut yang dipilih segar dan berisi. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Nur Syafiqin.

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • Ketam, Sotong, Udang, Lala etc. disiang, dicuci dan tos.
  • Sayur broccoli, jagung (optional, potong dan direbus dahulu), bunga kobis etc. dipotong dan ketepikan.
  • 2 biji Bawang besar *
  • 1 gengam Cili kering *
  • 3 ulas Bawang putih *
  • 2 sudu serbuk Kari daging
  • Minyak secukupnya
  • Garam, gula, perasa secukupnya

Cara-caranya:

  1. Blend bahan *
  2. Panaskan minyak sedikit & masukkan bahan yang blend tadi.
  3. Tunggu sambal naik minyak masukkan rempah kari daging dan kacau sehingga kuahnya pekat.
  4. Seterusnya, masukkan gula, garam & perisa secukupnya.
  5. Masukkan ketam. Gaul rata Ketam. (akan keluarkan air)
  6. Masukkan sotong. Gaul rata Sotong. (akan keluarkan air)
  7. Tunggu 5minit dan masukkan lala . Gaul rata Lala.
  8. Akhirnya sekali masukkan udang, bunga kobis & brokoli & gaul rata.
  9. (**Optional) Kalau ada jagung rebus boleh dipotong dan masukkan sekali.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments