Resepi Yee Mee Sizzling

Resepi Yee Mee
Yok kita cuba resepi daripada Facebook ini. Bayangkan nikmati Yee Mee ini panas-panas, kuah dan kuah telur sizzling di waktu hujan turun, wow bestkan? Kalau anda tidak ada hotplate tu, gunakan claypot pun boleh juga. Kalau yang lagi kreative tu, apa tidak gunakan kuali kecil cute tu ya.

Resepi Yee Mee Sizzling ini agak mudah dan straight foward. Dapatkan bahan-bahan dibawah tertulis ini. Nak senang lagi, print saja resepi ini, nak masak pon senang, tampal kat diding. Nanti kalau sudah cuba, share ok? Terima kasih. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Nor Azlindawati Baharudin dan Puan Eika

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 3 gulung Yee Mee
  • 5 ulas bawang putih - dicincang halus
  • ½ inci halia - dicincang halus
  • Isi Ayam - dipotong dadu/kecil
  • 6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
  • 4 biji cili kering - dipotong-potong
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 2 sudu makan tepung jagung/kentang + secawan air
  • Minyak secukupnya
  • 4 cawan air

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga naik wangi.
  2. Seterusnya, masukkan ayam, digoreng seketika sehingga ayamnya masak dan empuk.
  3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
  6. Tuangkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
  7. Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
  8. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. 
  9. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan hidangkan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments