Resepi Daging Bakar Mudah

Text
Sesekali kalau nak pergi BBQ tu kadang kala terpinga nak buat resepi apa pulak ya? Ini dia Resepi Daging Bakar Mudah yang cukup ringkas. Siap dengan jintan manis, jintan putih, apabila dibakar nanti, baunya harum melekat disanubari harimau kita. Ya, bergitu dasyat selera anda nanti bila menghidunya. Dapat daging bahagian sedikit lemak, atau lamb chop pun pergi.

Boleh juga dihidangkan dengan kentang, sayuran sepeti broccoli, lettuce dan sebagainya. Sosnya bolehlah anda pilih sendiri, seperti BBQ, blackpepper, kuah teriyaki dan lain-lain. Tetapi rasa resepi daging berikut sudah cukuplah untuk membuka selera anda. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Dapur Umai.

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 600 g daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit)
  • 1 sudu besar makan jintan manis
  • 1 sudu besar makan jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 4 ulas bawang merah
  • 500 ml santan pekat
  • 1 labu bawang besar
  • Garam secukupnya

Cara-caranya:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih.
  2. Seterusnya, campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam.
  3. Masukkan daging dan perapkan selama satu jam.
  4. Panggang daging dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments