Resepi Laksa Johor Spaghetti

Resepi Laksa Johor Spaghetti
Yoki mari kita masak Spaghetti Laksa style Johor pulak hari ini. Paling senang gunakan pasta, sebab ia jimat, senang disimpan, lagi pun kalau kanak-kanak yang sudah pandai makan kuah berempah, sila recommend kan mereka hidangan ini. Resepi Laksa Johor Spaghetti mudah, power dan ringkas.

Resepi Laksa Johor Spaghetti

Spaghetti apabila direbus tu agak-agak sekurangnya 6-7 minit sahaja, lepastu saring dan masukkan pasta kedalam air ais, supaya pasta itu tidak terlalu masak. Apa jenis pasta pun, Al Dente lagi sedap, gigitan ia apabila dimakan tidak terlalu lembut. Kalau nak simpan kedalam peti sejuk, campurkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak melekat. Selamat mencuba.

Resepi Laksa Johor Spaghetti

Resepi Kredit Nuryusra Ibrahim Kutty

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 2 bungkus spaghetti
  • 2 biji bawang besar*
  • 6 biji bawang merah*
  • 6 biji bawang putih*
  • 2 batang serai
  • Sedikit halia*
  • Sedikit lengkuas*
  • Sedikit kunyit*
  • (Blend bahan* kecuali serai ketuk)
  • 4 senduk lada kisar/cili kisar (lada/cili kering)
  • 4 sudu besar rempah Kari ikan
  • 4 sudu besar kerisik Akasa Malaysia
  • 2 kotak santan
  • 4 Asam keping
  • 4-5 ekor ikan ikan kembung/selar/selayang/parang) - apa sahaja jenis ikan
  • 5-6 ekor Udang basah
  • Udang kering (blend)
  • Ikan masin kurau (blend)
Rebus ikan, buang tulang dan blender isinya dengan guna air rebusan. Tulang ikan blend asing dan tapis ambil airnya untuk kuah nanti.

Cara-caranya:

  1. Mulakan dengan menumis bahan kisar* dan serai hingga naik minyak.
  2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan lada kisar.
  3. Kemudian, masukkan isi ikan, udang basah, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar, biarkan seketika sehingga mendidih.
  4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  5. Masukkan asam keping, kerisik dan santan.
  6. Masukkan garam dan gula perang/melaka.
    Bahan Hiasan:
    1. Timun
    2. Kacang panjang
    3. Daun kesum/Daun selasih
    4. Bunga kantan
    5. Bawang holland
    6. Limau kasturi
    7. Sambal belacan

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments