Resepi Lasagna Mudah

Resepi Lasagna Daging
Lasagna Daging memang disukai ramai terutama kanak-kanak yang kurang selera makan. Anda boleh cuba resepi ini yang mudah dan senang untuk dimasak. Resepinya mudah, tidak rumit dan sedap.

Boleh juga kita gunakan roti seandainya tidak ada Pasta Lasagna. Digelek dahulu dan dibilas dengan air susu. Lapiskan inti daging, keping pasta, inti lagi, sos cheese di bahagian atas. Bake dengan suhu tertentu dan hidangkan dengan panas-panas. Selamat Mencuba.

Resepi Kredit Wahida Zakaria.

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 1 paket 400g Daging kisar (Ramly Brand optional)
  • 1 tin Sos Prego spaghetti 
  • Sos cili - untuk yang nak rasa pedas
  • 1 Biji Bawang besar - cincang
  • 5 Ulas Bawang putih - cincang
  • Serbuk lada itam secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara-caranya:

  1. Mulakan dengan menumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
  2. Seterusnya, masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air sampai cepat masak.
  3. Masukkan sos Prego, sos cili. Kacau.
  4. Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
  5. Siap dan ketepikan.
Cara buat sos putih:
  1. 5 sudu besar mentega
  2. 3 sudu besar tepung gandum
  3. 500 ml susu segar
  4. 2 keping keju Cheesedale
Cara masak:
  1. Cairkan mentega kedalam cooking pan, masukkan 3 sudu makan tepung gandum. Kacau perlahan jangan sampai berketul. Guna api yang kecil.
  2. Seterusnya masukkan susu dan 2 keping cheese. Kacau sebati dan pastikan cheese cair. 
  3. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.
Lasagna @ Roti Gardernia
  1. Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Selepas itu susun kedalam loyang.
  2. Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dalam loyang.
  3. Susun selang seli. Lasagna, inti, sos putih. Buat berlapis. Lapisan atas sekali biar sos putih. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.
  4. Bakar pada suhu 150'C dlm 30-40 minit sampai bahagian atas keperang-perangan.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments