Resepi Sos Petis Homemade

Resepi Sos Petis Homemade
Cari Resepi Rojak ke? Resepi ini didapati daripada Facabook. Kepada peminat rojak tu, ini memang berita gembira untuk awak. Yok kita settle-kan tekak kita yang mengidam tu. Yok kita siapkan Resepi Sos Petis Homemade. Bole buat dulu, simpan di freezer.

Stepnya siap dengan gambar kalau yang ori daripada Facebook. Akan tetapi, kita akan cuba tuliskan resepinya disini, nak cetak pun ok juga. Tolong share dan komen resepi berikut seandainya anda sudah mencubanya. Share ok?

Resepi Kredit Jamiah Tulisman.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 1 botol kecik kicap manis cap kipas udang
    (Kalau beli yang besar guna separuh sahaja)
  • Belacan - dibakar dulu*
  • 6 biji Bawang Merah (kalau bawang besar 1 biji)*
  • 5 biji Bawang putih*
  • 6-8 biji cili api*
  • 1 senduk lada boh
  • 2 senduk Gula pasir 
  • 500g Kacang tanah - siap goreng dan blend 
Bahan-bahan lain: 
  • Tauhu goreng
  • Kangkung
  • Sengkuang
  • Timun
  • Nenas
  • Taugeh 
  • Dan lain2 seperti sotong bakar, mangga

    Cara-caranya:

    1. Untuk mulakan Sos petis, masukkan bahan* kedalam blender, kicap manis, lada boh dan kisar sehingga sebati. Masukkan kacang tanah yang dikisar separuh 250g, gaul sebati. Sos petis di peti sejuk ais untuk disimpan (boleh tahan sehingga 3 bulan) 
    2. Kacang tanah kisar yang lagi separuh untuk rojak nanti.
    3. Untuk membuat Rojak, masukkan gula secukupnya kedalam adunan tampat rojak, sos petis rojak, kacang yang dikisar tadi dan gaul rata sebati.
    4. Masukkan potongan seperti tauhu, nenas, sengkuang, syuran kangkung, taugeh, bunga kantan timun dan sebagainya, gaul sehingga rata.
    5. Hidangkan dipinggan dan taburkan sedikit kacang kisar diatas Rojak.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments