
Tak selera makan? Diet? Inilah resepi ikan kukus asam pedas boleh dikatakan untuk kepada sesiapa yang tidak gemarkan hidangan goreng. Ikan kukus enak, sihat dan berkhasiat. Ikan yang senang dicari dipasar, antaranya ialah ikan kembung. Disebabkan ikan ini banyak isinya dan manis.
Resepi ini mudah dan cepat untuk disiapkan. Rasa air asam akan membuka selara kita secara tertiba. Tak payah susah sangat nak masak makanan masakan rumit-rumit ya. Kalau saya yang hidangankan masakan ini, memang tentulah ia akan dimakan dengan bubur dan kang-kong belacan. Disamping pulak dengan kacang rebus. telur masin dan tahu bacin. Best. Nak try? Yok kita start.
Resepi Kredit Resepi Dapur Gadis/Azlina Hamid.
🖨️Print
Bahan-bahan:
- Ikan Kembung (atau ikan pilihan anda) disiang dan dicuci
- Air Asam jawa
- Air masak secukupnya
- 1-2 Bawag merah besar dihiris kasar atau dipotong dadu*
- 1-2 Tomato Merah dipotong dadu (buang dalaman jika perlu)*
- 2-3 Cili api hiris kecil-kecil*
- Garam secukup rasa*
- Sedikit Belacan bakar jika suka* (optional)
Cara-caranya:
- Lumur ikan pilihan anda dengan sedikit garam kemudian kukus sampai ikan masak.
- Campurkan semua bahan* ini kedalam mangkuk sederhana.
- Gaul campuran kuah dipastikan kuah tidak cair. Biarkan kuah pekat-pekat supaya rasanya masam, pedas sedap.
- Seterusnya, curahkan air asam pedas ni kepada ikan yang telah dikukus tadi.
- Hidangkan dengan nasi panas dan ulam seperti timun dan kacang botol.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!