Ikan Masak Sos Asam Jawa

Text 
Kami terjumpa hidangan ikan yang agak mudah untuk dimasak. Petikan ini adalah daripada lelaman media social. Mari kita cuba resepi kali ini - Ikan Masak Sos Asam Jawa. Dengan melihat gambar diatas, ia bermakna ikan ini berasakan garing serta masam-masam manis sos yang dituangnya. Boleh bayangkan bertapa enak bila gigitan halia garing dan bawang putih yang berperisa bergitu kuat dan sedap apabila dikunyah.

Petikan dari empunya resepi berbunyi berikut:

"Hai semuaaaa... Nahhh! Hakak sdekah resepi pebret anak hakak...kami mkn masa kat Kai Tod Decha... Btoi dak eja dia tu.

IKAN MASAK SOS ASAM JAWA.
👉Ikan.. Goreng dulu..klo nk sdap.. Guna minyak yg goreng awas2 dia tu... Boh garam ja...bila minyak panas tabur tepung beras skit dlm 1 sudu lam minyak tu.. Br msuk ikan.. Goreng smpai garing... Blh jgk klo nk gaul tpung bras kat ikan tu.. Tp jgn bnyk ye... 

Bhn2 sos.. 
👉Air asam jawa.. Perah pkat2... Hakak guna adabi jer... 
👉Gula siam (somtam).. Klo x der guna gula perang pun blh.. 
👉Garam.. 
👉Minyak skit..guna minyak goreng bawang ngan halia.. Cara buat.. Boh minyak skit lam koli.. Ltak gula. Air asam.. Tambah air.. Boh garam.. Masak smpai mendidih.. Rasa.. Kuah mesti masam lbh skit.. Masin n manis tu bg balance... Bhn2 nk goreng garing.. Goreng asing2 ye.. Sbb benda2 ni masa utk garing tu x sama... 
👉Halia.. Hiris nipis2 n halus2 
👉Bawang putih... 
👉Bawang merah.. 
👉Cili api... 
👉Cili kering klo suka.. 
 
Goreng smua bg garing n tabur atas ikan... Klo x nk letak pun blh benda ni.. 

Resepi Kredit nooraida abdullah alim.

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • Ikan 3-4 disiang dan dicuci
  • Tepung Beras
  • Air Asam Jawa secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Gula Som Tam (Gula Thai atau Gula Merah) secukupnya
  • Minyak unutk mengoreng
  • Halia dihiris tipis dan dipotong halus-halus
  • Bawang Putih dihiris tipis
  • Bawang Shalot atau Bawang Merah dihiris nipis
  • Cili Api dihiris nipis
  • Cili Kering digunting (optional)
  • Sedikit Air

Cara-caranya:

  1. Ikan boleh disapukan dengan garam, seterusnya dengan sedikit tepung beras sahaja untuk digoreng nanti.
  2. Panaskan secukup minyak dikuali untuk menggoreng ikan. Sewaktu menggoreng, minyaknya haruslah mampu tenggelamkan ikan supaya ikan akan gareng dan berwarna emas. Apabila ikan sudah gareng dan masak, angkat dan toskan minyak.
  3. Sos Asam Jawa - Masukkan secukup minyak gorenggan bawang dan halia kedalam kuali sausepan atau kuali.
  4. Masukkan gula som tam dan air asam jawa. Masukan sedikit air. Kacau sebati. Tambahkan sedikit garam dan rasa. Masak dengan api perlahan sehingga sos mendidih. Kuah harus merasa masaman, manis sedikit.
  5. Bahan Goreng Hiasan di Ikan - Goreng bahan gorenggan seperti Halia, Bawang Putih, Bawang Hiris. Cili Api, Cili Kering berasinngan, sebab masa gorengan bahan ini berbeza, dan juga supaya ia gareng dan warna keemasan.
  6. Hidang Ikan gareng diatas pinggan, tuangkan Sos Asam Jawa keatas Ikan. Akhirnya, taburkan bahan gorengan di ikan bersos dan siap.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments