Resepi Cencaru Sumbat Mudah

Text 
Sedang mencari Resepi Ikan Cencaru Sumbat? Memang banyak resepi Cencaru di internet. Dari pedas dan berkari, yang mudah dan yang remeh. Penggemar bbq pula sukakan ikan ini bermandi bersambal dan dipanggang dengan daun pisang. Wow sedap ya.

Masakan kali ini adalah pes sumbat cincaru yang sangat mudah dan sedap. Resepi ikan ini cukup lah untuk 3 ekor ikan. Sesudah siang dan cuci ikan tersebut, potong dibahagian dengan pisau yang tajam, sumbat rempah pes berkenaan dan siap untuk dibakar. Hidangkan dengan nasi panas-panas untuk si sang suaimi. Lagi sayang dia nanti kat awak. Selamat mencuba.

Resepi Kredit an nurisma via mahn.

Bahan-bahan:

  • Sedikit Belacan 
  • 3 ulas Bawang Putih 
  • 4 ulas Bawang Merah 
  • 4 biji Cili Api 
  • 5 sudu besar Cili Kering yang di kisar 
  • Sedikit air Asam Jawa 
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Sedikit perasa jika perlu

Cara-caranya:

  1. Belacan, bawang dan cili api di blander kasar 
  2. Tumiskan sehingga wangi
  3. Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak
  4. Masukkan semua perasa, air asam jawa. Tutup api, masukkan hirisan bawang besar, tomato, cili besar, daun bawang dan gaul sebati
  5. Sesudah siap, boleh di sumbat kedalam belahan ikan cemcaru.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments