
Ikan Bilis Kentang Suhun Power sedap gila. Tanya aja siapa yang sukakan lauk bergini. Senang tekak menerimanya. Suhun, kentang, ikan bilis dan campuran bawang. Cukup kalau dengan nasi ataupun bubur. Mudah dan ringkas. Ada banyak cara masakan sebergini. Ada juga yang sukakan tambah tampe juga.

Ni dia yang kita perlukan. Setidaknya, mesti kita ada bahan ini dirumah. Daun kari akan mumbuat lauk ini bertambah wangi. Sila rujuk kepada bahan-bahan yang akan digunakan..

Gorengkan ikan bilis dengan api yang sederhana. Tos dan ketepikan. Kurangkan minyak agak 4-5 sudu untuk seterusnya. Jangan terlalu garing pulak. Nanti pahit rasanya.

Kentang kalau boleh dapatkan yang kentang jenis besar sikit. Jadi nanti kalau potong tu dapatnya muai. Goreng kentang dulu, baru ikan bilis. Panaskan minyak di kuali dan goreng kentang sehingga masak. Ketepikan.
Lauk ini simple sahaja. Baik di kampung ataupun di mana. Teringat dulu waktu kanduri, hidangan ini menjadi "side dish". Pandai tukang masak menumpan tekak. Selamat mencuba.
Resepi Kredit Nurul Ateekah.
Bahan-bahan:
- 4 biji Kentang besar dipotong nipis, digoreng
- 5 sudu besar Ikan bilis dicuci bersih, digoreng
- 1 ikat Suhun direndam bersama air
- ½ Bawang besar dihiris
- 4 ulas Bawang putih dikeprek
- Cili merah 1 biji dihiris
- Cili merah 1 biji dihiris
- Daun kari 2 batang
- SOS tiram 1 sudu besar
- Kicap Manis 2 sudu besar
- Serbuk perasa Knorr Maggi
- ½ sudu kecil Serbuk lada hitam
- ½ sudu kecil Serbuk kunyit
Cara-caranya:
- Panaskan minyak di kuali dan goreng kentang sehingga masak, Ketepikan.
- Seterusnya, gorengkan ikan bilis dengan api yang sederhana. Tos dan ketepikan. Kurangkan minyak agak 4-5 sudu untuk seterusnya.
- Dengan menggunakan minyak ikan bilis tadi (anda boleh kurangkan minyak), tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga warna agak keperangan.
- Kemudian, masukkan daun kari, cili merah dan cili hijau. Masak seketika.
- Masukkan sos tiram dan kicap manis . Gaul hingga mesra.
- Seterusnya, masukkan suhun, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan kunyit. Kacau hingga rata.
- Kemudian, masukkan kentang dan ikan bilis.
- Masak sehingga rata dan nampak agak lauk kelihatan kering sedikit.
- Angkat dan hidangkan dengan nasi.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!