Resepi Ikan Bilis Telur Hancur

Text Cepat kita siapkan bahan untuk masak campak-campak buat resepi ini. Ikan Bilis Telur Hancur berkecai. Sediakan bawang merah, bawang putih, 1 telur dan chili padi. Tumisannya pun mudah sahaja. Tak payah lah nak belajar masak lauk ini. Tutup mata pun agaknya siap jugak. 

Bujang yang ingin mencuba pun boleh menyediakannya. Lauk sebergini memang favourite saya. Cukup lah dengan nasi putih. Selera dibuatnya. Apa kita tunggu lagi? Perut sudah lapar ni. Mari yok kita ke dapur. Asyik nak main facebook aja..hehe 

Resepi Kredit Wanista.

Bahan-bahan:

  • Sebili telur
  • 2 genggam ikan bilis (dibersihkan) 
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah kecil (dipotong dua supaya mudah ditumbuk)* 
  • 10 tangkai cili padi (dibersihkan, petik buang tangkainya)* 
  • Gula secukup rasa
  • Perasa setengah kiub pati ikan bilis

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan mula goreng ikan bilis sehingga garing. Tos dan ketepikan. 
  2. Kemudian, tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *. 
  3. Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ikan bilis tadi, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau dan nampak garing. 
  4. Masukan dengan gula dan serbuk perasa. Tumis lagi hingga mesra. 
  5. Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Gaul campuran hingga rata. 
  6. Kemudian, ketepikan ikan bilis ditepi kuali dan pecahkan sebiji telur. 
  7. Apabila telur agak masak, kacau hancur dan gaul telur tadi dengan ikan bilis hingga bercampur.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments