Resepi Ikan Bilis Tumis Asam

Text Kalau tunggu gaji, lepastu nak makan cerewet, perut pun lapar, agaknya seperti orang tak makan 10 hari. Apa kata kita masak resepi mudah Ikan Bilis Tumis Asam. Mudah dan senang. Dapatlah juga selera isi perut sementara tunggu gaji masuk ya tak? 

Ikan bilis pilih yang saiz sederhana ataupun kecil supaya tidak terbegik nanti bila mengunyah. Ada ikan bilis pula dengan semula jadi rasanya masin, so bila masak nak sedap campak-campak tu, cuba rasa dulu. Kalau anda kuat masin pula, jaga sikit ok dan terpulang lah tekak masing-masing. 
 
Resepi Kredit Pujangga Mama.

Bahan-bahan:

  • 2 ulas Bawang putih dihiris
  • 1 biji  Bawang merah dihiris
  • 2-3 Chili Merah/Hijau dihiris
  • 2 sudu besar Air asam jawa 
  • 1 sudu besar gula 
  • Garam secukup rasa 
  • Ikan bilis 
  • 1 biji Kentang (dipotong nipis dan digoreng) 
  • Minyak masak

Cara-caranya:

  1. Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. 
  2. Panaskan 3-4 sudu minyak dikuali. Tumis bawang merah sehingga nampak layu. 
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. 
  4. Masukkan ikan bilis goreng, chili hiris dan bawang merah, gaul rata. 
  5. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. 
  6. Ada setengah ikan bilis tu memang rasanya masin dan tidak perlu masukan garam. Kena rasa apabila masukkan ikan bilis goreng tu.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments