Resepi Kari Ikan Mamak

Text

Inilah Resepi Kari ikan mamak yang dipetik daripada lelaman Facebook. Masakan ini ditambah santan supaya kari pekat dan berlemak. Sedap sangat hidangan ini (katanya pemasak) sehingga ada request dari tetamu nak makan kari ikan mamak. "Dulu hakak keje kedai mamak masak kari, resepi ni kakak mamak yang perturunkan kat hakak" katanya. 

Resepinya simple aja tetapi rasa memang umphhhh sesiapa pun boleh buat. "Nah hakak perturunkan resepi ni kat ahli2 mahn ye, sape yang nak share tu silakan, hakak halalkan Kari ikan mamak (kalau nak letak santan pun boleh, tak nak letak santan pun boleh, hakak tekak melayu, jadi hakak letak santan)"

Resepi Kredit: Zara Zahara/Lumbuk Resepi Viral.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan 
  • santan 
  • 3 ulas bawang putih + 1biji bawang besar + halia sebesar ibu jari + 10biji cili hijau kecik = blend kasar 
  • 1 ulas bawang putih + 1biji bawang merah = hiris * 
  • daun kari 
  • 7 biji cili merah dan hijau kecik di ketuk2 
  • 1 sudu besar biji sawi 
  • 1 sudu besar cili kisar 
  • sedikit air asam jawa 
  • 2 sudu besar rempah kari ikan (hakak guna rempah timbang ori dari india) 
  • 1 sudu besar rempah kari daging/ayam 
  • 1 sudu besar serbuk kunyit 
  • 1 biji tomato (di belah ye) 
  • bendi 
  • gula + garam + ajinamoto

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih + bawang merah yang di hiris dan biji sawi hingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan2 yang telah di blend, kacau hingga pecah minyak. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan rempah kari ikan + rempah kari daging/ayam + serbuk kunyit + daun kari, dan tambahkan sedikit air dan air asam jawa (sebab bila kita masukkan rempah kari, bahan tumisan akan jadi kering, jadi kena tambah sedikit air). Kacau sekali sekala hingga bahan tumisan betul2 pecah minyak. 
  4. Masukkan santan dan perasakan dengan gula garam ajinamoto, biarkan hingga mendidih dan masukkan ikan.(sekiranya taknak letak santan, cuma tambahkan air sahaja, jangan terlalu banyak air sbb nanti kuah cair) 
  5. Perasakan lagi sekali hingga secukup rasa, masukkan bendi. 
  6. Agak agak ikan dah masak, masukkan tomato dan cili yang di ketuk, tutup api dan siap.
→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments