Resepi KFC Wedges Mudah

Text 
Resepi Kentang Wedges memang sangatlah mudah. Kadang tidak terfikir nak buat sampaikan kentang sampai sudah nak naik busuk kita simpan. Bahannya tidaklah rumit. Cuba kita buat sesekali untuk ngemil sambil tonton tv, mesti bestkan.

Saya biasa membeli di kedai sehingga saya menyedari betapa cepat, mudah dan enaknya mereka membuat di rumah! Yok kiya mulakan.
 Text 
Pastikan anda basuh bersih kentang dahulu jika anda inginkan kulit kentangnya sekali. Kentang ranggup yang gebu di bahagian dalam, pilih kentang dengan kulit nipis seperti Yukon Gold, Russets, atau kentang merah.
  Text 
Mulakan dengan mencuci kentang untuk menghilangkan kotoran (tidak perlu dikupas). Kemudian potong setiap kentang menjadi wedges.
  TextGaulkan Mixed Herb - Selepas dikukus, keluarkan kentang dan letak dalam mangkuk. Taburkan mixed herbs, lada sulah dan garam.
   Text

Taburkan tepung jagung - Seterusnya taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati. 

Resepi Kredit Salimah Olie/ Viral Muafakat Johor.

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang (pastikan basuh  dan dibersihkan dahulu jika kulitnya tidak dikupas) 
  • Mixed herbs 
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)

Cara-caranya:

  1. Basuh dan potong kentang menjadi bentuk wedges. 
  2. Kukus - Kemudian, kukus kentang supaya lembut. Jangan lembut sangat, korang boleh agak2 sendiri. Nak kukus tu lebih kurang dalam 5-7 minit. 
  3. Gaulkan Mixed Herb - Selepas dikukus, keluarkan kentang dan letak dalam mangkuk. Taburkan mixed herbs, lada sulah dan garam. Korang tak semestinya ikut jenama macam dalam gambar. Boleh saja nak guna jenama apa pun. Pastu gaul sebati. 
  4. Taburkan tepung jagung - Seterusnya taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati. 
  5. Goreng - Goreng tenggelam kentang tadi tu dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.
 Text 
Resepi Sos Cheesy Homemade. 

Bahan-bahan:

  • 3-4 sudu makan mentega atau marjerin 
  • 250ml susu segar/susu cair 
  • 1 sudu makan tepung gandum yang diayak 
  • 1 kiub pati ayam 
  • 6 keping keju biasa 
  • sedikit serbuk lada hitam 
  • sedikit serbuk lada putih 
  • sedikit pewarna kuning (optional) 
Cara-Caranya:
  1. Mula dengan memanaskan bahan - Cairkan mentega. Seterusnya masukkan susu dan tepung gandum. Kacau rata hingga tepung sebati. 
  2. Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau hingga hingga masak. Pewarna kuning boleh juda ditambah sedikit untuk mencantikan warnanya. 
  3. Pastikan sos tidak terlalu pekat ataupun cair. Apabila sudah sesuai, matikan api dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. 
  4. Bole juga ditambah mayonis. 
  5. Kalau nak mudah, guna serbuk cheese segara. Dibancuh dengan air panas. 
→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments