Resepi Pasta Seafood (Marinara)

Text 
Yuk kita masakan Pasta Seafood Marinara untuk selerakan anak tekak! Makanan kegemaran ramai untuk mereka yang sukakan rasa kaya sos Tomato. Tambahkan makanan ringan laut seperti kupang, udang dan sotong. 

Mudah, sesuai untuk ramai dan lagi sedap. Pasta bolehlah anda memilah dengan selera anda. Yang berminat untuk tambahkan keju parmesan, bolehlah ditaburkan nanti sesudah siapnya hidangan ini. Ayuh kita mulakan. 

Resepi Kredit Port Makan.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 500 g packet Pasta Linguini atau Speghetti
  • 300 g Udang 
  • 300 g Sotong 
  • 1 kg Kupang 
  • 1 biji Bawang besar biasa – dicincang halus 
  • 2 ulas Bawang putih – dicincang halus 
  • 2 tin Tomato soup 
  • 1 tin kecil Tomato Puree 
  • 1-2 ketul kiub stok Ikan Bilis 
  • 4 helai Daun Bay kering - dikoyak 
  • 1/2 sudu kecil herba Thyme 
  • 1/2 sudu kecil herba Oregano 
  • 1/2 sudu kecil herba Basil 
  • Garam dan Gula secukup rasa 
  • 3 sudu besar minyak Zaitun - menumis 
  • Keju Parmesan - tabur bila nak makan 
* ubah suai resepi mengikut citarasa sendiri

Cara masak pasta:

  1. Masak air dalam periuk untuk merebus spaghetti. 
  2. Apabila air mula mendidih, masukkan spaghetti dan sedikit minyak supaya pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Sekurangnya 7-8 minit.
  3. Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan. (Boleh juga disiram atau direndam pasta kedalam air sejuk ber-ice supaya pasta tidak berterusan masak)
  4. Setelah ditoskan airnya, letakkan satu sudu besar butter pada pasta yang baru direbus tadi dan digaul rata supaya pasta tak melekat.

Cara Masak Sos Marinara:

  1. Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian bersihkan udang dan kupang, basuh, ditos dan ketepikan dulu. 
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega. Bila minyak panas, masukkan bawang besar dan bawang putih yang dicincang tadi. 
  3. Elakan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. 
  4. Masukkan semua tomato sup, tomato puree dan kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra.
  5. Masukkan bay leaf, herba - thyme/basil/oregano serta kiub ikan bilis. 
  6. Kacau sos supaya semua bahan cukup sebati. Biarkan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit.
  7. Masukkan sotong/udang/kupang kemudian kacau semua bahan. 
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sos. 
  9. Apabila sos sudah menjadi mesra dan pekat, matikan api. Kuah tomato mestilah ada perasa seimbang masam dan manis. 
  10. Hidang pasta Marinara dengan sos seafood ini bersama parutan keju parmesan bila dihidang.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments