Resepi Sambal Gesek Ikan Bilis Kampung

Text Teringat pula bila makan Sambal Gesek Ikan Bilis Kampung sewaktu makan malam. Dengan nasi yang panas, petai segar, telur mata lembu dan kicap. Bertapa nikmatnya rasa. Itu pun sudah kira sedap dan best sangat selera. Duduk bersila mengadap makanan melayu adalah kesukaan saya. Dari kecil lagi keluarga sudah biasakan makanan kampung. Apabila part makan tu, kadang teringat pula suasana aman dengan jiran-jiran kampung. Betul?
 
Kita cuba dulu resepi mudah ikan bilis gesek ini. Belum cuba belum tau. Selalunya hidangan senang seperti ini tidak pula tergerak hati kita nak buat. Makanan hidangan kampung memang sedap-sedap belaka dan simple. Lagi pun, ulam-ulam kadang cuma tinggal dipetik saja. Itu yang membuat rasa selera terbuka. Kena ulam segar. Apa tak ya? Akhir kata, harap anda selamat mencuba resepi berikut. 
 
Resepi Kredit Pujangga Mama.

Bahan-bahan:

  • 20 biji cili api kampung 
  • 1 labu bawang besar (potong kecil supaya senang untuk ditumbuk) 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 cawan ikan bilis (basuh dan toskan) 
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • 1 sudu kecil gula 
  • 1/4 cawan minyak masak

Cara-caranya:

  1. Tumbuk cili api, gula dan garam hingga lumat. 
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga lumat. Ketepikan. 
  3. Tumbuk kasar ikan bilis. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili api dan bawang yang dah ditumbuk tadi. 
  4. Goreng dengan api perlahan hingga sambal gesek menjadi garing.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments