Resepi Sambal Totok Jawa Ikan Bilis

Text 
Lagi satu resepi sambal ikan bilis tetapi cara Jawa. Ini lagi satu hidangan cemelan untuk umpan tekak kita yang kadang kala cepat jelak. Persiapannya pun mudah, senang dan menyelerakan. Ikan bilis memang makanan international. Orang Asia, Jepun, Barat dan boleh dikatakan makanan santapan dan banyak kegunaan di serata dunia. Serious pulak part ni ya. Selain dari membuat stock untuk sop atau masakan, ikan bilis juga disiapkan untuk diratah. Memang sedap dan versatile ikan bilis ni. Ada yang kering, ikan bilis yang basah, yang masin, yang besar, kecil dan sebagainya.
 
Untuk resepi mudah sedap kali ini, mari kita siapkan bahan-bahan yang diperlukan. Buka saja peti sejuk, saya pasti bahan yang didalam ice-box tu selalunya terdapat bahan-bahan yang kita nak siapkan seterusnya. Cari lah belacan bacin, chili hijau/merah, bawang putih, bawang merah dan seterusnya. Yok mampir dong, kita mulakan hidangan wong Jawa ini. Nanti kalau sudah cuba hidangan ini, jangan lupa comment ok? Waduh! Wes mangan uruung?
 
Resepi Kredit Pujangga Mama.

Bahan-bahan:

  • Segenggam ikan bilis 
  • 10-15 biji cili padi kampung 
  • 3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng 
  • 1 biji bawang merah - dihiris 
  • 3 ulas bawang putih - dihiris 
  • 1 inci belacan 
  • Minyak untuk menggoreng 
  • Garam & sedikit gula 
  • Limau kasturi -ikut suka

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan. Diketepikan dahulu.
  2. Seterusnya, goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan. Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup. 
  3. Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat. Masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuk kasar-kasar sahaja. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments