Resepi Sedap Ikan Bilis Bawang Chili

Text Tak selara makan ke? Kesian ya. Resepi mudah sedap, masakan agak-agak, iaitu Ikan Bilis Bawang Chili. Pergi ke dalam bilik, lepastu masuk balik ke dapur, idea pun sudah, tak tau apa pulak nak makan, nak masak rasa macam berat badan. Ok tidak ada masaalah. Nah, masak aja bubur, tumis kang-kong, lepastu sediakan bawang, ikan bilis, chili padi, air asam, jadilah satu makanan untuk umpan tekak. Pun jadi jugak kan?

Resepi ini memang cepat dan mudah. Sebenarnya tak payah lah nak post resepi sebergini kan, akan tetapi, kadang kala lauk simple macam ni sudah menjadi idea kiat last minute. Janji perut kenyang. Habistu tidur. Dengan nasi panas pun pergi jugak. Apa comment anda? Selamat mencuba ya. 
 
Resepi Kredit Pujannga Mama.

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis 
  • Bawang merah dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Cili padi hijau/merah dihiris
  • Cili hijau/merah dihiris
  • Kentang (Optional/yang telah dipotong dan digoreng)
  • Tomato (Optional/dipotong ikut suka hati)
  • Air asam Jawa secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Minyak

Cara-caranya:

  1. Mula dengan mengoreng ikan bilis terlebih dahulu. Angkat dan tos minyak. Ketepikan.
  2. Dengan minyak yang baru, tumis bawang putih, cili padi, cili merah. 
  3. Masukkn ikan bilis yang telah digoreng tadi, (kalau yang rajin sikit tu, tambahkan kentang goreng dan tomato potong untuk lagi menarik) masukkan sedikit garam dan perasa. Gaul seketika.
  4. Seterusnya, tuangkan air asam sikit. Hidangkan dengan bubur ataupun nasi panas.
→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments