Resepi Spaghetti Bolognese Itali

Text 
Resepi Spaghetti Bolognese Itali daging lembu. Masakan yang berasal dari Itali ini memang mudah jikalau kita sudah pernah memasaknya. Hidangan ini boleh juga diganti dengan isi cincangan ayam, yang lebih cepat untuk siap. 

Sos dagingnya boleh kita simpankan didalam peti ais dan simpan supaya senang nanti untuk hidangan anak. Ikut resepi ini dan print supaya anda senang untuk memasak nanti. 

Kredit Gambar Bonappetit
Resepi Kredit MyResipi/Port Makan.

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 500 g Spaghetti (1 peket) 
  • 500 g Daging lembu segar cincang 
  • 200 ml Susu 
  • 1 labu Bawang besar kuning - dicincang halus 
  • 1 ulas Bawang putih - dicincang halus 
  • 1 tin sedang Tomato puri 
  • 4-5 Tomato segar ranum - dipotong dadu 
  • 1 batang Lobak merah - didadu kecil 
  • 2 batang Saderi - didadu kecil 
  • 1 tin Cendawan butang - dihiris (optional) 
  • 1 kiub Stok Daging lembu (optional)
  • 200 ml Jus Prun (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs 
  • Sedikit Garam dan Gula secukup rasa 
  • 3 sudu besar Minyak Olive/Minyak Sayur 
  • 2 sudu besar Mentega 
  • Parutan keju Parmesan - untuk menghidang 
NOTA dari pemasak: Semua bahan bernota 'optional' tiada dalam resipi asal Italian Bolognese. Tetapi boleh ditambah untuk ikut citarasa. 

NOTA dari pemasak: Resepi asal juga ada masuk 200 ml wain. Boleh digantikan dengan jus prun. Tapi kalau tak ada, tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-caranya:

  1. Didalam periuk besar, rebus 2 liter airm dan asukkan 2 sudu kecil garam. Apabila air muka mendidih, masukkan kesemua spaghetti. Kacau pasta berkali dan masukkan satu sudu kecil minyak zaitun/ minyak masak untuk elakan pasta melekat. Angkat pasta dan toskan sesudah ia lembut. 
  2. Sos Bolognese: Gunakan periuk yang dalam dan tinggi. Panaskan minyak olive, masukkan butter dan dikacau. 
  3. Apabila mentega mulai cair dan berbuih, masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. 
  4. Elakan timisan garing, cukup sekadar bawang layu sahaja. Seterusnya, masukkan daging cincang. Ketuk dan gaulkan daging agar semua hancur sebati dan bentuknya seragam. 
  5. Masak sehingga daging warna keperangan. Masukkan semua sayuran, masak sehingga sayur-sayur menjadi lembut. 
  6. Masukkan susu, kuatkan api hingga susu mendidih dan kacau selalu. Apabila susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. 
  7. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur. 
  8. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa. 
  9. NOTA kata pemasak: Jika anda gunakan kiub, tidak perlu masukan garam, sebab kiub sudah masin. Gula cuma diperlukan 1/4 sudu kecil saja sebab susu telah memaniskan sos. Perlu diingat agar perlu dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos tersebut. 
  10. Biarkan sos mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renehkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. 
  11. Hidangkan dipinggan dengan parutan keju parmesan diatas pasta. 
  12. NOTA kata pemasak: Orang Itali secara tradisi, mereneh sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama. Saya cuma reneh 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasa 'authentic' Itali.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments