Resepi Spaghetti Seafood Aglio

Text 
Anda sedang mencari Resepi Pasta Seafood Aglio? Pilihan Pasta terpulanglah kepada selera anda. Spaghetti, Fussili, Penne, Linguine dan sebagainya. Kalau mahukan pedas, bolehlah kita tambahkan sedikit chilli flakes untuk ikut selera anda. Taburkan cheese parmesan, fuh, lebuh lazat. 

Pilihan seafood yang popular selalunya yang terpilih ialah seperti udang, lala, kepiting, sotong, scallop dan ketam. Terserahlah kepada anda. Untuk kanak-kanak, selain daripada seafood, boleh juga digantikan dengan bacon turkey. Dipotong-potong kecil empat persegi, digoreng ranggup lepastu ditaburkan diatas pasta tersebut. Pun sedap dan mudah. 

Resepi Kredit Azie Kitchen

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 500 g Spaghetti 
  • 1/4 Cawan Minyak Olive 
  • 5 ulas Bawang Putih - hiris nipis 
  • 4 biji Cili Kering - dipotong kecil 
  • 1/2 tsp Red Pepper/Dried Chilli Flake 
  • 50 ml Water + 1 tsp Chicken Stock 
  • Fresh Parsley - chopped
  • Garam secukup rasa
  • Coarse Black Pepper 
  • Seafood: 8 Scallops, 8 Mussels, Udang, Sotong atau apa apa yang disukai

Cara-caranya:

  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan Kupang dilap kering. 
  2. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. 
  3. Pasta direbus hanya direbus 3/4 masak. Angkat, toskan air dan diketepikan. 
  4. Panaskan minyak olive di saucepan, tumis bawang putih dengan api perlahan sambil dikacau sehingga ianya kekuningan. Masukkan cili kering yang dipotong kecil. 
  5. Masukkan sedikit chicken stock bertujuan untuk memberhentikan bawang putih dari terus garing. 
  6. Masukkan scallops dalam kuali dan dibalik balikkan. Masukkan pula seafood yang lain pula. Kalau dikuatiri terlebih masak, boleh dikeluarkan dulu seafood dari kuali dan masukkan semula masa hidangan nanti. 
  7. Bila seafood hampir masak, masukkan pasta dan kacau rata. Tambahkan baki chicken stock sedikit jikalau masakn terlalu kering. 
  8. Akhir sekali, taburkan red pepper flake, garam dan black pepper. Untuk menghidang, tungkan pasta kedalam pinggan dan tuang sedikit lagi olive oil. Hias dengan menyusun seafood diatas pasta. Kemudian tabur parsley sebagai hiasan.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments