
Anda sedang mencari Resepi Tauhu Bergedil Viral? Mari kita cuba masakan terkini. Tahukah anda bahawa selain daripada menggunakan daging, isinya juga boleh juga diganti dengan isi udang, ayam, isi ketam dan sebagainya.
Tauhu Bergedil ni memang sedap diratah dengan dicelup sos. Resepi tauhu begedil ini berisi kentang berselabur dengan telur menjadi ia berasa sangatlah sedap.
Text
Resepi & Gambar Kredit Buat Orang Lapo.
🖨️Print
Bahan-bahan:
- 600g Kentang dihiris lebih kurang 0.5cm
- 200g Daging Cincang
- Tauhu Kering empat persegi
- 2 Biji Telur
- 30g Daun Sup dipotong
- 30g Daun Bawang dipotong
- 40g Bawang Goreng
- Serbuk Lada Hitam
- Garam secukupnya
- 1 sudu kecil Tepung Jagung
Cara-caranya:
- Goreng/sangai daging tanpa minyak sehingga sedikit kering. Kisarkan daging sehingga hancur. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak di julai, goreng hirisan kentang sehingga sedikit kekuningan. Angkat, toskan dan sejukkan. Kisar/lecek kentang sehingga lumat.
- Seterusnya, gaul daging dan kentang bersama daun bawang, daun sup, bawang goreng, sedikit serbuk lada hitam dan juga garam secukupnya sehinggs mesra. Ketepikan.
- Kemudian, ambil tauhu, guntingkan sedikit di bahagian atas dan korekkan isi dalamnya.
- Bulat bergedil ditelapak tangan dan sumbatkan ke dalam tauhu tadi hingga padat. Teruskan sehingga selasai. Pukul telur bersama sedikit garam dan juga tepung jagung.
- Celupkan tauhu ke dalam telur dan goreng sehingga keperanggan dan garing.
- Jangan lupa toskan tauhu goreng supaya minyak tidak banyak melekat.
- Isi tauhu boleh juga digaul dengan telur dan digoreng rangup.
- Untuk sosnya, masukkan cili padi hiris halus bersama kicap manis dan bawang goreng dalam mangkuk. Bila tak suka pekat bisa nak tambahkan air sikit sahaja.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!