Resepi Tauhu Bergedil Ayam

Resepi Tauhu Bergedil Ayam Resepi Tauhu Bergedil Ayam Semenjak dua menjak ini, memang popular Tauhu Bergedil. Ada yang pula menjualnya di media social Facebook, ada yang jual di gerai makanan, di pasar raya dan sebagainya. Cara masakannya ada pula berbagai rentaknya. Kentang yang lagi berperisa selalunya digoreng dahulu. Ada sesetangah yang pula merebus kentangnya dan dilenyek sebalum dicampurkan bersama isi daging. 

Rasanya Tauhu Bergedil ini memang sedap. Apa taknya, apabila digigit, rasanya ranggup diluar dan akan merasa manis daging dan isi didalam tauhu tersebut. Tetapi kadang terasa juga nak buat tauhu berinti ini dirumah. Nanti senang kalau nak ke kedai untuk membeli bahan-bahan, bolehlah print resepi dan caranya nanti. Hah..senangkan? 

Resepi Kredit Ganbar Sirap Limau.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 1 bungkus besar tauhu kering 
  • 3 biji kentang (rebus & lenyek)*
  • 1 cawan isi ayam dikisar, direbus* 
  • 1 tin cendawan butang dicincang* 
  • 10 ekor isi udang, direbus, dicincang* 
  • 1 biji cili merah besar, buang bijinya, dicincang* 
  • 3 biji bawang merah digoreng, atau bawang goreng yang instant*
  • Daun bawang & daun sup, dipotong* 
  • Serbuk lada putih & hitam secukupnya*
  • Garam secukupnya* 
Bahan celup tauhu:
  • 3 biji telur 
  • Garam secukupnya

Cara-caranya:

  1. Rebus kentang 15-25 minit sehingga masak (Boleh juga digoreng dan ditumbuk). Kemudian lenyekkan seperti membuat bergedil. 
  2. Masak isi ayam (tanpa minyak) sebentar hingga airnya kering. Toskan airnya.
  3. Kemudian campurkan bahan-bahan bertanda * dan gaulkan bersama kentang yang dilenyek tadi hingga mesra. Perasakan ikut citarasa anda. 
  4. Seterusnya ambil tauhu kering dan guntingkan di atasnya. Keluarkan isinya dengan menggunakan sudu. 
  5. Ambil isi tauhu yang dikorek dan masukkan bersama campuran inti tadi. Kemudian sumbatkan semula inti ke dalam tauhu sehingga padat. Buat samapai selesai.
  6. Sediakan bahan celup untuk siap menggoreng tahu bergedil. (Telur dan garam secukupnya)
  7. Panaskan minyak dikualai, celupkan tauhu bergedil dengan telur supaya kulitnya lebih rangup dan isinya tidak tertanggal. Goreng tauhu bergedil sehingga warna keemasan dan nampak ranggup. Angkat dan toskan minyak.
Bahan sos tauhu bergedil: 
  • 6 tangkai cili kering digoreng & blend 
  • 4 tangkai cili padi digoreng & blend 
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu gula perang 
  • 1 sudu sos tiram 
  • 2 sudu kicap manis 
  • sedikit tepung gandum atau tepung kentang yang dibancuh air 
Cara membuat sos tauhu bergedil:
  1. Campukan bahan-bahan diatas di saucepan.
  2. Masak kesemua bahan dengan api perlahan sehingga pekat. 
  3. Perasakan sos tauhu bergedil dengan ikut citarasa masing-masing. 

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments