Sambal Hijau Petai Ikan Bilis

Text


Siapa suka makan petai? Ini lah dia makanan awak. Mari yok kita cuba masakan daripada Dapor Kak Tie. Resepi Sambal Hijau Petai Ikan Bilis. Selera petai kalau digabungkan dengan ikan bilis garing, bawang tumis yang manis, memang malas kita nak cakap. Menantu duduk sebelah pun tak perasan. Rasa nya ada ummp! Sampai lupa lirik lagu kebangsaan. Kalau ada yang sensative bila part petai ni, bolehlah anda ke resepi lain ya..hehe..  

Siapkan makanan sedap dan mudah ini untuk santapan bila-bila masa sahaja. Kena jugak dengan hidangan bubur. Seleranya memang sedap. Banyangkan dimulut mengunyah sekaligus sesuap bawang, petai dan ikan bilis. Sekali telan, nak lagi. Wow, mari kita mulakan.

Resepi Kredit Photo Makan Apa Saja.    

Bahan-bahan:

  • 15-20 biji petai dibelah dua 
  • 200g ikan bilis direndam 
  • 2 biji bawang besar kuning dihiris
  • Sedikit jus limau nipis 
  • Garam secukupnya
Bahan ditumbuk: 
  • 5 biji bawang merah segar
  • 20 biji cili padi hijau kampung
  • 5 biji cili hijau 
  • 2cm lengkuas dihiris

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing.  
  2. Seterusnya masukkan ikan bilis dan gaul hingga mesra. 
  3. Masukkan petai, bawang besar hiris, jus limau nipis dan garam secukup rasa. 
  4. Gaulkan hingga mesra, lalu angkat dan siap untuk dihidang.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments