Masak Lemak Kencur Ikan Keli Jawa

Masak Lemak Kencur Ikan Keli JawaSiapa suka masakan bersantan angkat tangan! Siapa suka masakan Jawa pula angkat tangan. Ya saya pun setuju. Masakan Jawa memang banyak menggunakan santan. Ia adalah keperluan yang boleh dikatakan wajib di dalam setiap masakan. Hidangan yang akan anda masak hari ini ialah Masak Lemak Kencur Ikan Keli Jawa. Best tak rasa agaknya? Mari kita teruskan. 

Setelah Ikan Keli disiang dan dibersihkan, bakar ikan keli dahulu. Lepas itu, akan dimasukkan kedalam kuah yang kaya berlemak. Kalau anda yang suka rasa pedas tu, boleh masukkan chili padi dan blender dengan bahan-bahan yang lain. Mesti kita tahu agak kan nak limitkan pedas, kalau tidak kalau terlebih chili nanti takut besok pagi susahkan diri aja. Orang Jawa cakap, "eeeseng terus wa-ei". 

Resepi Kredit Resepi Lubuk Viral.

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan keli dicuci bersih dan dikelar² kemudian bakar
  • segenggam biji kencur dibasuh bersih dan ditumbuk, ketepikan
  • Daun Kencur dicuci dan dihiris halus
  • Asam Jawa
  • Santan cair
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
Bahan di bawah perlu ditumbuk:
  • 5 biji bawang kecil 
  • 2 ulas bwg putih 
  • 5 tangkai cili (atau guna cili api anggaran 20 biji) 
  • sedikit belacan

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan yang ditumbuk ke dlm periuk & didihkan bersama santan cair. 
  2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.  
  3. Masukkan ikan yang telah dibakar, tuangkan sedikit bancuhan air asam jawa, masukkan santan pekat & tabur hirisan daun cekur.  
  4. Didihkan santan hingga masak. Hidangkan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments